Majlis tandatangan kontrak dan penajaan skuad T-Team 2007
Written by Administrator
Wednesday, 31 January 2007
31hb Jan, Satu majlis tandatangan kontrak diantara kerajaan negeri dan semua pemain pasukan T-TEAM pada musim ini akan dilangsungkan pada pagi ini jam 10.30 pagi di Tingkat 18 , Wisma Darul Iman dengan disaksikan oleh YB Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Jusoh dan Exco Sukan dan Kebudayaan Negeri En.Din Adam. Majlis ini juga disertakan dengan penyerahan cek replika oleh para penaja pasukan T-Team yang kebanyakannya datang dari syarikat korporat dalam negeri Terengganu sahaja.
Pasukan T-Team akan memulakan musim baru liga FAM ini pada 4hb Feb ini di Kem Terendak Melaka apabila mereka akan berhadapan dengan pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja pada jam 4.455 petang.