SEO Header Title

Piala Malaysia 07/08: Melaka lawan Terengganu PDF Print E-mail
Written by Eezmo   
Tuesday, 01 July 2008

MELAKA (1) - TERENGGANU (2)


Melaka, 30 Jun 2008 : Walaupun terbelenggu dengan prestasi tidak menentu ketika beraksi di laman sendiri, persembahan anak-anak buah Yunus Aliff ketika di gelanggang lawan pula memberikan hasil yang berlainan. Terbaru, skuad Sang Penyu berjaya menambah luka Melaka di gelanggang mereka. Skuad Terengganu yang turun setelah persembahan hambar ketika tewas di tangan Kelantan tempohari berjaya menghidupkan kembali peluang untuk mara ke peringkat suku akhir apabila menewaskan Melaka 2 – 1. Lew Kit Kong, pemain pinjaman Skuad Penyu bagi saingan Piala Malaysia menepati statusnya sebagai penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana apabila menyumbang satu gol manakala anak muda yang semakin berbisa, Abdul Manaf Mamat menambah koleksi golnya dengan menjaringkan gol kemenangan. Gol Melaka pula diperolehi menerusi sepakan penalti apabila Fabio Flor mengasari pemain Melaka dalam usahanya mempertahankan pintu gol Terengganu. Dengan kemenangan berharga ini, Terengganu kini menduduki tangga ketiga dalam saingan kumpulan A dengan 7 mata, 3 mata dibelakang pendahulu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Seterusnya, skuad Terengganu akan berkelana ke Kuching untuk berhadapan pasukan Sarawak pada hari Khamis, 3 Julai 2008.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?