SEO Header Title

Piala FA 07/08 : Terengganu lwn Selangor Separuh Akhir II PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Tuesday, 17 June 2008
TM PIALA FA 07/08
TERENGGANU lwn SELANGOR
STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH
17 JUN 2008, 845 MLM


Perlawanan Piala FA separuh akhir pertama memihak kepada Selangor dengan kelebihan 1 gol memaksa Terengganu bekerja keras dalam pertemuan kedua malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Berbekalkan kelebihan satu gol, menyaksikan Selangor sedikit selesa untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 21 Jun ini.Namun begitu, Terengganu masih berpeluang andainya jaringan awal dapat menembusi pintu gol Selangor malam ini.Terengganu yang mempunyai gol ditempat lawan hanya memerlukan satu gol bagi merealisasikan impian layak ke perlawanan akhir setelah kali terakhir dilakukan pada tahun 2004 berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.
Terengganu sudah pasti menyandarkan harapan kepada ayam tambatan mereka iaitu Zairo Anuar Zalani yang bakal bertindak selaku penjana gerakan dan juga memimpin barisan muda Terengganu malam ini setelah kapten pasukan, Mohd Marzuki Yusuf masih lagi mengalami kecederaan.Zairo pastinya tidak keseorangan kerana beliau bakal ditemani oleh pemain yang sedang meningkat naik, Ahmad Nordin Alias di barisan tengah pasukan.Harapan membolosi pintu gol kawalan Supian Abd. Rahman malam ini juga tersandar di bahu hero skuad emas SUKMA, Ashaari Shamsudin.Ledakan gol beliau ketika mendahului Selangor di Shah Alam sabtu lepas pasti beliau akan diikat agar tidak berleluasa malam ini.Barisan benteng Terengganu juga telah diingatkan oleh jurulatih, Yunus Aliff agar tidak terlalu leka membiarkan barisan depan Selangor menghampiri Sarbini Allawee bagi menjarakkan defisit gol.Benteng ampuh dan kebal sudah pasti terajui oleh Fabio Flor bersama-sama dengan beberapa pemain muda yang sedang digilap.Manakala di barisan hadapan, Terengganu mengharapkan kudrat dan juga kelicikan Che Hishamuddin untuk mengelirukan lawan dan sekaligus menembusi pintu gol Selangor.

Di pihak Selangor pula, diberitakan Evan Chisulo dan juga Indra Putra sah tidak dapat beraksi akibat pengantungan namun pengganti kedua-dua sudah pasti bersedia untuk diturunkan.Manakala barisan depan Selangor semestinya berselera untuk mencari gol bagi menjarakkan diri agar impian ke perlawanan akhir tercapai.

Walaupun begitu, pertemuan kedua-dua pasukan ini pastinya sengit kerana masing-masing ingin menjejakkan kaki ke akhir setelah kedua-duanya kempunan untuk merangkul kejuaraan liga.

Kepada semua pemain, diucapkan selamat berjaya.
 
Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?