|
Bolasepak : SUKMA ke 12 TERENGGANU 2008 |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
|
TERENGGANU - PERLIS TENTUKAN EMAS.
K.Trg, 8 Jun - Skuad SUKMA Terengganu bakal turun malam ni menentang Perlis dalam perlawanan akhir SUKMA Ke 12, Terengganu 2008.Skuad Terengganu turun bagi mempertahankan emas yang dimenanginya dua tahun lalu di Kedah manakala Perlis pula kali pertama menjejakkan kaki ke perlawanan akhir SUKMA.
Terengganu menundukkan pemenang pingat perak SUKMA ke 11 iaitu Kedah diseparuh akhir dengan 3 - 0 manakala Perlis bergaya membenam cabaran Pulau Pinang.
Menyingkap laluan Terengganu, peringkat kumpulan menundukkan Perak 3-2 dan juga Pahang 2-0.Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh anak muda Terengganu itu akhir melayakkan diri ke separuh akhir setelah berhempas pulas menundukkan Johor sehingga penentuan sepakan penalti.Nyata tuah milik Terengganu apabila sepakan pemain Johor di selamatkan penjaga gol Terengganu dan tendangan terakhir yang ambil oleh kapten pasukan membolehkan Terengganu bertemu Kedah diseparuh akhir. Langkahan bergaya diketika di separuh akhir dengan hatrik oleh Ashaari Shamsudin membawa Terengganu ke perlawanan akhir bagi bertemu dengan Perlis.
Terengganu membariskan beberapa pemain dari liga super berazam untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun lalu.Jika mereka berjaya malam ini, pastinya kejayaan itu lebih manis kerana ianya berlaku di laman sendiri.
Kapten pasukan, Ahmad Shahril Zakaria yang ditemui berkata, "kami berazam untuk memenangi emas malam ini dan kami berharap para penyokong Terengganu memberikan sokongan padu kepada kami.Doakan kejayaan kami."
Manakala di pihak Perlis, mereka juga diperkuatkan dengan beberapa pemain dari skuad Liga Super mereka.Kapten pasukan mereka, Amar Rohidan merupakan pemain liga super yang dikatakan mampu memberi sumbangan bermakna untuk pasukan mereka.Kejayaan membenamkan cabaran Selangor diperingkat suku akhir telah memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan kecemerlangan itu malam ini.
Namun begitu, tuan rumah, Terengganu sudah semestinya memasang strategi ampuh untuk membenam cabaran Perlis sekaligus memenangi emas SUKMA ke 12 Terengganu 2008.Gandingan Manaf Mamat dan Wan Aliff sekali lagi ditagih untuk memburu jaringan bersama-sama dengan Ashaari Shamsuddin yang kini memegang status penjaring terbanyak skuad Terengganu dengan 5 gol. Dibarisan tengah, kekreatifan Ismail Faruqi dan kecerdikan Nordin Alias sekali lagi diperlukan untuk mendominasikan bahagian tersebut.Manakala benteng yang ampuh kawalan Shahril Zakaria, Cheku Rusydiamir, Shaifulazmi dan Sazlan perlu bijak menangani helah yang bakal dilakukan oleh pemain-pemain Perlis.
Andai semangat yang membara tertanam dalam sanubari pemain-pemain Terengganu, tidak mustahil, emas dalam genggaman.Ayuh, bulatkan tekad, tanamkan azam,sematkan diminda, kita pasti JUARA.
"Boleh Teganu Boleh....Boleh Jadi JUARA...." "Teganu Juara...Teganu Juara...Teganu JUARA...." |
|
|