|
Sepak mula liga FAM ditunda dan perlawanan persahabatan T-Team |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 24 January 2007 |
|
Penarikan penyertaan dari Liga FAM oleh pasukan Ranger Waterfall dari Pulau Pinang pada awal bulan ini telah memaksa FAM merobak kembali jadual perlawanan yang sepatutnya bermula pada 21hb yang lalu terpaksa ditunda kepada 4hb Februari ini. Sebelum penarikan pasukan Ranger Waterfall, bilangan pasukan yang mengesahkan menyertai liga FAM musim ini ialah 11 pasukan namun pada awal tahun ini, FAM dikejutkan dengan permohonan penarikan diri yang dihantarkan oleh pengurusan kelab tersebut kerana menghadapi masalah dalaman yang tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini. Kesan penarikan tersebut, bilangan pasukan yang kekal dalam pertandingan ini ialah 10 pasukan sahaja dimana setiap pasukan akan melalui 18 perlawanan diperingkat liga .
Pasukan T-TEAM yang pada pengundian pertama terdahulu sepatutnya telah bertemu dengan pasukan Beverly Sabah ditempat lawan tetapi kini telah beralih arah kepada pertemuan pertama dengan pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja di Kem Terendak Melaka pada 4hb Feb ini. T-Team yang sudah siap sedia menghadapi Liga FAM telah dipelawa untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Super Telekom Melaka yang telah diadakan di Padang Bolasepak MRSM Batu Rakit pada sebelah petang tadi dimana pasukan Tel Melaka berjaya menundukkkan pasukan T-TEAM dengan jaringan tipis 1-0, gol diperolehi ketika baki perlawanan berbaki 10 minit . Gol dihasilkan melalui jaringan Zaidi Zain. Waktu permainan untuk semua perlawanan liga FAM 2006 ialah 4.45 pm kecuali pasukan T-TEAM yang akan beraksi malam jam 8.45pm untuk pusingan pertama sahaja tetapi akan beraksi pada pukul 4.45 petang di pusingan kedua |
|
|