SEO Header Title

Berita Perpindahan Pemain PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Sunday, 25 May 2008

urinary models

TERENGGANU TETAP DI HATI


K.Terengganu, 24 Mei - "Terengganu tetap di hati kami", itulah luahan daripada Norhisham Hassan dan Norfarhan Mohamad yang cukup berat untuk meninggalkan bumi Terengganu dan pasukan Terengganu khasnya.Namun keadaan yang memaksa mereka untuk mengangkat kaki mencari angin baru bersama dengan pasukan baru iaitu Polis Diraja Malaysia.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, pertemuan pasti ada perpisahan.Itulah yang terjadi kepada kedua-dua pemain ini apabila kontrak mereka ditamatkan oleh PBSNT minggu lalu.Kemelut yang melanda antara mereka dan PBSNT akhirnya terlerai dan kedua-dua pemain yang berbakat besar ini diisytiharkan bukan lagi milik Terengganu.
Mohd Norhisham Hassan memulakan kariernya bersama Terengganu ketika dibawah bimbingan Mat Zan Mat Aris pada tahun 2001.Namun ketika itu beliau hanyalah pemain simpanan skuad berkenaan.Bintangnya terus bersinar dan menjadi pemain pro sepenuhnya pada tahun 2003.Bermula dari situlah beliau terus mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan sehingga menjadikan beliau seorang pemain tengah bertahan terbaik yang pernah Terengganu lahirkan.Gandingannya bersama Zairo Anuar cukup menggerunkan lawan.Tetapi itu kisah dulu, kini Norhisham meninggalkan Terengganu setelah khidmatnya tidak lagi berguna untuk pasukan yang selalu dicintainya Terengganu.

Mohd Norfarhan Mohamad pula bermula daripada skuad Presiden Terengganu di penghujung 2004.Jaringan demi jaringan yang dilakukan ketika bersama skuad Presiden melonjakkan namanya sehinggakan penyokong-penyokong Terengganu beranggapan bahawa bintang ini akan terus menyinar.Lantaran prestasi yang baik ditonjolkan, khidmat beliau diangkat ke skuad utama Terengganu dan namanya terus meniti dibibir penyokong-penyokong pasukan Terengganu.Namun khidmatnya juga tidak berguna lagi buat pasukan yang amat dihormatinya dari kecil lagi, Terengganu.

Bagi meraikan perpisahan dan mengenang jasa yang dicurahkan oleh kedua-dua bekas pemain Terengganu ini, ganusoccer.net telah berjaya mengadakan satu majlis yang serba ringkas bagi meraikan kedua-dua mereka ini di Paradise Deluxe, semalam.
Walaupun bukan semua ahli yang dapat hadir namun kehadiran ahli-ahli GSN semalam cukup bermakna untuk kedua-dua pemain ini.

Dalam ucapan, Mat Paijang selaku wakil GSN, mengharapkan agar Hisham dan Farhan terus berjaya bersama pasukan baru dan Mat Paijang juga mengharapakan agar mereka berdua tidak lupa akan GSN ini dan meminta mereka layari web ini andai mereka ingin mengetahui perkembangan bolasepak Terengganu.

"Terengganu masih dihati kami dan kami akan terus memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kami ini walaupun kami bersama pasukan baru nanti.Kami mengharapkan agar semua warga GSN terus memberi sokongan padu kepada rakan-rakan kami yang masih bersama skuad Terengganu.Dan jangan lupa berikan sokongan anda semua kepada Terengganu dalam Piala Malaysia dan Piala FA nanti.Walaupun tanpa kami, masih ada ramai lagi pemain-pemain muda Terengganu yang berpotensi besar untuk menjadi bintang bolasepak negara dan menyumbang kejuaraan kepada pasukan kesayangan kami ini." kata-kata kedua-dua pemain ini dalam ucapan mereka yang ditujukan khas untuk warga GSN dan penyokong-penyokong Terengganu.

Majlis tersebut tamat kira-kira jam 10 malam.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?