TERENGGANU vs JOHOR FC 4 MEI 2008 Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
K.Trg - Terengganu turun dalam perlawanan terakhir liga super musim 07/08 ini bagi melengkapkan jadual setelah Terengganu yang dianggap pencabar kejuaraan musim ini terkulai layu dan terkeluar daripada saingan merebut piala Liga Super.Di awal musim, Terengganu dilihat mampu menyaingi Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor bagi merebut piala Liga Super.Namun di pertengahan musim Terengganu tidak mampu mempertahankan kedudukan.Perlahan demi perlahan terperosok ke tangga bawah dan kini hanya mampu menghuni tangga keenam.Satu kedudukan yang tidak mampu dicabar lagi oleh pasukan2 bawahan.
Malam ini, Terengganu turun dengan misi membalas dendam kekalahan kepada Johor FC dalam perlawanan pertama di Pasir Gudang.Kekalahan 1-2 itu masih segar diingatan dan malam ini, sudah pasti anak-anak buah Yunus Aliff ingin membalasnya.Namun begitu, Johor FC juga bukanlah satu pasukan yang mudah untuk di tewaskan.Mereka juga inginkan kemenangan bagi melonjakkan diri ke kedudukan tempat ketiga liga.
Johor FC dilihat mampu mengalahkan Terengganu kerana mereka berada di dalam prestasi yang cukup menyakinkan.Apatah lagi Johor FC pernah menewaskan Terengganu di SSINS musim lalu.
Terengganu pula berkemungkinan akan menurunkan pemain-pemain muda mereka untuk tujuan pendedahan.Nama-nama seperti Ismail Faruqi, Abdul Manaf, Ashaari Shamsudin, Alif Hafifi, Ahmad Shahril, Sham Sharil Gulam, Zairee Hafizie dan ramai lagi sudah pasti bersedia untuk di turunkan malam ini. Pastinya mereka akan menjadi sandaran utama Yunus Aliff untuk menundukkan barisan Johor FC malam ini. Johor FC juga pastinya menurunkan barisan terbaik mereka dalam usaha untuk merebut tempat ketiga dalam carta liga.Eddy Helmi adalah antara tonggak yang mampu menghadirkan ancaman buat barisan Yunus Aliff.
Harapan daripada penyokong-penyokong baik Terengganu mahupun Johor FC,mereka mengharapkan kedua-dua pasukan memberikan persembahan terbaik dan mutu pengadilan yang cemerlang di tonjolkan.Dengan masalah yang melanda bolasepak tanahair ketika ini, diharapkan ianya tidak merebak ke dalam perlawanan malam ini.