SEO Header Title

QF FA Cup : Terengganu vs Felda United FC PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Tuesday, 08 April 2008
SUKU AKHIR (1) PIALA FA

TERENGGANU lwn FELDA UNITED FC
8 APRIL 2008
STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH
8.45 MALAM



LANGKAHAN PERJUANGAN

Terengganu dan Felda United akan memulakan saingan Piala FA peringkat suku akhir pertama malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.K.T dengan langkahan perjuangan bagi mencari bekalan selesa untuk pertembungan kedua 22 April nanti.
Terengganu menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan ini dengan pengalaman pernah menjuarai piala ini.Namun Felda United yang membuat kejutan mara ke peringkat ini juga mempunyai peluang yang sama apatah lagi Terengganu dilihat keletihan kerana terpaksa bermain pada Ahad lalu menentang pasukan Perlis.
Walaupun begitu, itu bukan alasan bagi pemain-pemain Terengganu yang ingin mencari seberapa banyak gol untuk dibawa ke Kuala Lumpur nanti.Begitu juga dengan pasukan Felda.
Terengganu kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan namun ianya bukanlah alasan untuk tunduk mengalah.Bahkan pemain-pemain simpanan juga setaraf dengan pemain-pemain utama.Pemain-pemain Felda United juga tidak kurang hebatnya.Mereka juga mempunyai pemain berpengalaman seperti Badrul Afzan Razali, Abdullah Sani Yusuf dan Azwadi Embong yang pernah menyarung jersi Terengganu. Mereka juga mempunyai pemain import yang cukup berbisa.Fabio Alexander menjaringkan hatrik ketika menundukkan Kuala Lumpur dalam pusingan kedua Piala FA ini. Pemain ini tidak boleh dipandang rendah oleh para pemain pertahanan Terengganu.Sedikit kesilapan akan mengundang padah.
Zairo Anuar Zalani yang meledakkan dua gol ketika membantu Terengganu menundukkan N.Sembilan di pusingan kedua terus diberi kepercayaan untuk mengemudikan barisan tengah Terengganu sekaligus disandarkan harapan untuk merobek gawang lawan.Bersama-sama dengan Ismail Faruqi, dua anak watan ini bakal menggerakkan barisan pemain Terengganu.Manakala Fabio Flor terus diberi tugas untuk membantu kapten pasukan membina benteng kukuh menahan asakan lawan.Pastinya Felda United akan menyerang bertali arus untuk memburu gol.Manakala tugas mencabar benteng Felda dan juga merobek gawang  Felda terus  diberikan kepada  Gleisson Freire yang  telah menyumbangkan 11 gol untuk Terengganu.
Apa yang pasti, malam ini satu pertembungan yang menarik antara kedua-dua pasukan.Masing-masing inginkan kemenangan selesa untuk pertemuan kedua nanti.
 
< Prev   Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?