SEO Header Title

MSL 07/08 : Terengganu lwn Perlis PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Saturday, 05 April 2008

treatment of bronchitis

PENYU INGIN TEBUS DUKA

Terengganu turun berdepan dengan Perlis dalam saingan Liga Super malam ini dengan satu misi iaitu ingin menebus duka diaibkan oleh pasukan tetangga, Pahang minggu lalu.Ingin menjadikan Perlis mangsanya, Terengganu dilihat bakal mendapat semula sentuhan daripada penyerang berasal dari Brazil, Gleisson Freire yang digantung perlawanan ketika berdepan dengan Pahang minggu lalu.
Kelibat Gleisson pastinya dinantikan oleh ribuan penyokong-penyokong setia Terengganu setelah penggantinya minggu lalu, gagal melaksanakan tugas dengan baik.Harapan terus disandarkan kepada Gleisson untuk merobek pintu gol lawan.
Berbekalkan semangat setelah dianugerahkan pemain terbaik bulanan anjuran Ganusoccer.net, Gleisson bakal mencemaskan kubu Perlis yang diketuai oleh Kabwe Kamuzati.Barisan pemain Terengganu tidak mahu kecewa lagi.Ini dapat dilihat daripada sessi latihan yang dijalankan dimana para pemain begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh menjalani latihan bagi menyerap dan memberi tekanan kepada Perlis yang juga mengalami kekalahan di tangan pasukan Selangor minggu lalu.
Perlis mempunyai seorang pemain import baru dari Argentina, Gustavo Alberto Chenna yang bermain di posisi tengah menyerang. Pemain-pemain Terengganu perlu merantai pemain ini yang dikatakan cukup berbahaya ketika menggerakkan serangan Terengganu.Namun dia pastinya bertembung dengan pemain tengah tempatan Terengganu, Zairo Anuar yang dilihat semakin bersemangat dan cukup berbahaya.Dia yang dianugerahkan pemain terbaik bulanan juga berazam untuk terus memberikan gol untuk Terengganu.
Perlawanan malam ini diibaratkan satu pertembungan yang cukup menarik kerana Perlis sudah pasti ingin membalas dendam akibat kekalahan mereka di Stadium Utama Kangar.Di pihak Terengganu pula, sudah pasti ingin melebarkan rekod kemenangan keatas Perlis.
Namun begitu, pemain-pemain Terengganu haruslah berwaspada kerana sedikit kesilapan akan mengundang padah.Keyakinan yang terlalu tinggi akan membuatkan kita dibuai mimpi.Walaubagaimanapun berazamlah untuk memburu impian, memenangi perlawanan malam ini.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?