SEO Header Title

Penyu perlu pertajamkan penyudah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 21 January 2007

petechiae without fever

Kuala Terengganu. 22hb Januari 2007. Perlawanan menentang Pahang ibarat mencari jaguh sebenar Pantai Timur dengan kehadiran hampir penonton dalam anggaran 12,000 dan keadaan cuaca amat baik sekali. Dari awal perlawanan, Terengganu mula menyerang ke arah pintu gol Pahang bagi mencari gol semangat. Beberapa serangan yang diatur oleh barisan tengah tuan rumah gagal dimanfaatkan oleh barisan serangan yang diketuai oleh Miranda dan Che Hisamudin.Gabungan Miranda dan Che Hisamudin sering kali mengucar kacirkan barisan pertahanan Pahang. tapi sayangnya peluang yang ada gagal diterjemahkan kepada gol. Peluang terbaik hadir bila sepakan sudut yang diambil oleh Penyu gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Pahang, Iqbal namun pemain2 Penyu gagal merebut peluang yang ada.

Satu lagi peluang hadir hasil hantaran seorang pemain Terengganu dimana hantaran lambungnya terus ke pintu gol dan kelihatan Iqbal teragak-agak untuk membiarkan atau menolak bola tersebut tetapi ketika boal hampir ke pintu gol, dia membuat keputusan menolak bola tersebut. Hantaran dari 2 sayap Penyu iaitu Asrul disebelah kanan dan Manaf di sebelah kiri memberikan banyak masalah kepada Pahang. Tapi barisan pertahanan Pahang juga tetap utuh.

Che Hishamudin dan Mirindha dilihat kadang2 sedikit “tamak” apabila cuba juga membawa bola walaupun dihadapan ada 2-3 org pemain Pahang.Di barisan pertahanan yang diketuai oleh Fazly dan Marzuki pula tetap kemas menjaga kelibat penyerang Pahang. Ketika perlawanan hampir tamat, 3-4 kali tendangan sudut berturut-turut berjaya diperolehi oleh Terengganu namun tetap tidak membuahkan hasil. Di separuh masa pertama, Terengganu lebih banyak menguasai perlawanan biarpun perlawanan kekal 0- di babak pertama.Separuh masa kedua, Terengganu memulakan sepakan dan terus membuat percubaan ke pintu gol.

Yunus memasukkan Zairo menggantikan Asrul dibabak kedua dan baru sahaja dimasukkan, Zairo hampir-hampir berjaya menjaringkan gol dengan tendangan dari luar petak penalti namun Iqbal lebih tangkas. Beberapa serangan dilancarkan berterusan selepas itu. Namun ketika Terengganu sedang asyik menyerang, kelihatan benteng sedkit alpa dan pemain pahang berjaya membolosi barisan pertahanan dengan satu serangan kilat dan ketika Suhardi sudah tertewas namun bola bergolek ke tepi gol dan terselamat pintu gol tuan rumah.Pahang kemudian mengatur beberapa gerakan yang membuatkan barisan pertahanan trg bekerja keras tetapi Fazli dan Marzuki berjaya mematahkan segalanya. Hasil dari satu gerakan dari tengah padang, Manaf membawa bola dan terus merembat tepat ke arah pintu gol Pahang tanpa mampu diselamatkan oleh Iqbal. Gamat seketika stadium dan buat pertama kali musim ni “ombak ganu” dihasilkan. Selepas gol tersebut kelihatan pemain2 Penyu seperti berpuas hati dan hasil dari satu tendangan percuma, Pahang berjaya mengikat kedudukan 1-1. Gol penyamaan dijaringkan hanya beberapa minit lepas gol skuad hitam putih. Ketika ini kedengaran keluhan dari penonton bahawa mereka amat merindui Syamsuri. Pahang cuba melambat-lambatkan permainan. Permainan tuan rumah makin tertekan.

 Kemasukkan Asahari menggantikan Che Hishamudin tidak membawa apa2 perubahan. Dia kelihatan gugup dan kawalan bola yang kurang kemas oleh pemain muda ini membangkitkan kemarahan penonton.Satu peluang terbaik diperolehi oleh anak muda ini hasil hantaran dari Zairo namun tendangannya melangit tinggi. Norhisham dikeluarkan dan Yunus memasukkan Ismail Faruqi ketika permainan berbaki 10 minit..Terengganu menyerang bertali arus namun tetap tak berjaya menterjemahkan serangan sebagai gol. Zairo ketika mula2 masuk berjaya membuat beberapa percubaan membahaya tapi selepas itu begitu tenggelam permainannya. Kelibat Soeres juga membangkitkan perasaan kurang senang dikalangan penonton kerana agak sedikit lama memegang bola.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?