Pertembungan menarik antara dua sahabat baik Yunus dan Zainal malam ini menjanjikan sesuatu yang perlu dilangsaikan. Di pihak Zainal, sudah pasti ingin membalas dendam akibat kekalahan 2-0 di Stadium Darul Makmur manakala Yunus pula sudah pasti ingin terus memegang gelaran Jaguh Pantai Timur. Apa yang menarik, Pahang pastinya menurunkan beberapa bekas pemain Terengganu manakala Terengganu pula terus bersandarkan kepada anak watan disamping pemain2 import untuk terus mendominasikan penguasaan keatas negeri jiran. Syamsuri Mustaffa, Norfazly Alias,Hairuddin Omar, Rosdi Talib dan Subri Sulong pastinya akan diberi peranan utama oleh Zainal Abidin Hassan untuk menggempur dan mengasak barisan Yunus Aliff.Mereka sudah pasti ingin membuktikan sesuatu kepada bekas majikan mereka iaitu Terengganu.Namun begitu, barisan bimbingan Yunus Aliff tidak akan membiarkan mereka bermaharajalela.Biarpun berkawan namun di tengah gelanggang mereka adalah lawan yang perlu dilunaskan.
Berbekalkan kemenangan berharga dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Paroi 4-1 keatas N.Sembilan dua hari lalu, barisan Terengganu dilihat memperolehi tonik segar dan bersemangat kembali ke persaingan Liga Super menentang Pahang di SSINS malam ini. Pemain tengah Terengganu, Zairo Anuar Zalani kembali menemui sentuhan setelah lama menyepi daripada menjaringkan gol.Zairo Anuar juga mempunyai rekod jaringan yang baik keatas Pahang apabila kedua-dua gol dijaringkan oleh beliau ketika menundukkan Pahang di Darul Makmur awal tahun baru lalu.Sudah pasti, Zairo akan dirantai oleh pemain-pemain Pahang terutamanya bekas rakan sepasukan, Rosdi Talib. Terengganu juga dilihat mempunyai kelebihan setiap kali beraksi di gelanggang keramat SSINS. Sorakan dan laungan semangat daripada penyokong-penyokong Terengganu menjadi pembakit semangat melawan dan seterusnya menjaringkan gol mencari kemenangan. Harus diingat, Pahang juga mempunyai rekod yang baik di gelanggang lawan.Terbaru, mereka menundukkan KL Plus bagi melayakkan diri ke suku akhir Piala FA.Pemain-pemain Terenggan tidak harus memandang sepi akan keupayaan pemain-pemain Pahang apatah lagi mereka kini diperkuatkan oleh pemain2 import yang cukup berkaliber Tarik Al-Janaby dan juga Redoune Bakaoui.Kedua-duanya mempunyai naluri pemusnah yang bila2 masa sahaja mampu membuatkan skuad sang penyu menderita.Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai bekas pemain TMFC, Tengku Hasbullah Raja Hassan yang dikatakan oleh penyokong-penyokong Pahang, cukup hebat dan berkebolehan. Barisan pertahanan Terengganu perlu memerhatikan pemain ini.Selain daripada itu, pemain veteran Pahang juga perlu diberi perhatian, Azizul Kamaluddin dan juga Hairuddin Omar.Kedua-duanya mampu menghadirkan ancaman kepada benteng Terengganu yang sudah pastinya diterajui oleh kapten pasukan, Marzuki Yusuf yang bergandingan baik dengan Fabio Flor serta Shahril Zakaria dan Muhaimin Omar. Malam ini juga satu pertembungan menarik antara dua penjaga gol, iaitu Syamsuri Mustaffa yang suatu ketika dulu menjadi 'hero' Terengganu dengan Sarbini Allawee Ramli yang kini menjadi penjaga gol nombor satu Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati penyokong-penyokong setia Terengganu.Siapakah yang paling berjaya malam ini. Penguasaan tengah juga perlu diperhatikan malam ini.Jika di Darul Makmur dahulu, Terengganu lebih menguasainya tetapi malam ini belum tentu penguasaan itu milik Terengganu sepenuhnya.Jika prestasi semasa menjadi ukuran, Pahang juga mampu mendominasikan barisan tengah.Walaupun begitu, laungan keazaman yang ditinggi oleh pemain berjersi nombor 7 Terengganu mampu menghadirkan gerun kepada barisan pemain-pemain Pahang.Bersama-sama dengan Ahmad Nordin Alias, gandingan ini dilihat menjadi sandaran berguna oleh Yunus Aliff untuk menjana gerakan-gerakan menarik untuk memudahkan rangkaian serangan Terengganu membolosi gawang Pahang malam ini.Siapakah gandingan dua penyerang Terengganu, masih lagi menjadi tandatanya.Adakah Yunus menggunapakai gandingan Farhan-Jocian ataupun Saufi-Jocian ataupun Che Din-Farhan atau Che Din-Jocian? Sama-sama kita tunggu malam ini. Pertembungan menarik dua negeri berjiran ini mungkin bukan penyudahnya malam ini.Ini kerana kedua-dua layak ke suku akhir namun begitu, keputusan malam ini perlu dinoktahkan.Andai 1 Januari 2008 menjadi milik Terengganu di Darul Makmur, dan malam ini adakah kemenangan itu terus digenggami oleh Terengganu.Adakah Yunus keluar dengan senyum yang panjang atau senyuman itu milik teman baiknya Zainal Abidin Hassan? Sama-sama kita melangkah ke stadium malam ini bagi memberi sokongan penuh kepada team kesayangan kita. Kepada wira-wira Terengganu, ulangilah sejarah kemenangan 1.1.08 yang lalu tetapi kali ini lakukannya di depan penyokong-penyokong sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasirddin Shah.