SEO Header Title

Piala FA : Negeri 9Naza 1-4 Terengganu PDF Print E-mail
Written by Puteraz   
Thursday, 27 March 2008

PENYU MENGAMUK DI PAROI...

Tiada halangan, hanya peluang..itulah ungkapan yang tepat untuk diperkatakan.

Kelebihan beraksi di gelanggang sendiri gagal digunakan sebaik mungkin oleh pasukan si Rusa apabila skuad penyu dengan begitu mudah berjaya menjinakkan pasukan rusa di gelanggang tuan rumah dengan keputusan 4 - 1 sebentar tadi.Bermain di gelanggang pelawat langsung tidak dipedulikan oleh anak buah pengendali pasukan Terengganu iaitu Yunus Alif.Berbekalkan bekalan satu gol Terengganu bertandang ke Paroi dengan misi besar dan penting bagi musim 2007/2008 ini.Keseluruhan permainan hambar pasukan Terengganu tidak langsung dapat digambarkan dengan jaringan-jaringan yang dihasilkan.

Terengganu memulakan perlawanan dengan berhati-hati bagi menghalang sebarang kejutan diawal permainan oleh pasukan N9 menyebabkan serangan bertali arus dapat dilancarkan oleh N9 sehingga menggusarkan pengendali pasukan serta sebilangan kecil penyokong fanatic skuad penyu yang bertandang ke Paroi.Namun Terengganu tidak cepat menggelabah dengan keadaan tersebut apabila berjaya melakukan serangan bals dan hasilnya pada minit ke-2 pasukan Terengganu memperolehi sepakan percuma di sebelah kiri gawang tuan rumah setelah pemain Terengganu dijatuhkan diluar kotak penalty N9.

Zairo seperti biasa mengambil tugas melaksanakan sepakan tersebut namun bola meleret lemah menyaksikan pertahanan tuan rumah mudah menolak keluar tendangan tersebut.

Dalam keadaan perlawanan yang mula dapat diimbangi Terengganu,satu serangan balas telah berjaya dilakukan pada minit ke-6 permainan menerusi gerakkan dari kawasan pertahanan Terengganu dan zairo dengan bijak berjaya mencuri bola dari kawalan pertahanan N9 serta dengan  mudah memperdayakan penjaga gawang tuan rumah untuk meletakkan pasukan pelawat menambah aggregate 2-0 sekali gus menyentap semangat berkobar2 tuan rumah bagi mengimbangi aggregat gol di Kuala Terengganu pada pertemuan pertama pusingan kedua.Penyerang import berbisa Terengganu menambah penderitaan skuad Rusa dengan menghukum kelalaian benteng pertahanan pasukan tuan rumah yang menghantar liar kepada penjaga gol N9 pada minit ke-28 hasil bola muntah tolakan penjaga gawang N9.Pasukan tuan rumah akhirnya kembali menampakkan sinar kebangkitan pada minit ke-40 apabila kealpaan pertahanan Terengganu membiarkan penyerang import N9 memegang bola dihadapan gol Terengganu sekali gus memudahkan pemain tersebut melepaskan rembatan yang mengelirukan penjaga gawang Terengganu iaitu Sarbini Alwi setelah bola tertampan pertahanan Terengganu menyebabkan pasukan N9 berjaya merapatkan jurang gol.Tersentak dengan jaringan tersebut Terengganu kembali mengatur serangan dan sekali lagi dihadiah sepakan percuma pada minit ke-41 betul-betul di hadapan gol N9 namun saying tendangan lencong yang di buat oleh zairo sedikit tersasar disebelah kiri gawang N9.Perlawanan separuh masa berkesudahan dengan N9 ketinggalan 1-2 dan aggregate 1-3 ditangan pelawat menyaksikan perlawanan yang agak tegang mula ditimbulkan pasukan N9.

 

Bermula separuh masa ke dua pasukan N9 menggandakan asakan yang bertubi-tubi serta bertali arus namun ber jaya dipatahkan dengan baik oleh pertahanan Terengganu serta kecemerlangan Sarbini di gawang gol.Ketika pasukan tuan rumah sedang menggasak kubu Terengganu,pelawat sekali sekala berjaya membuat serangan balas namun hampa dengan kegopohan di hadapan gol oleh penyerang Terengganu.Perlawanan hambar ditonjolkan oleh Terengganu benar-benar merimaskan pengendali pasukan serta peminat.

Tanpa disangka-sangka pasukan tuan rumah dalam keghairahan memburu jaringan satu hantaran jauh Fabio dari bawah kepada Saha,kemudian disusuli satu tolakan cantik saha kepada zairo dan dengan mudah zairo sekali lagi mencipta nama dengan menolak mudah menewaskan penjaga gol n9 pada minit ke-90 permainan menyaksikan pemain pasukan tuan rumah tersentak.Dikala permainan menunggu tiupan wisel dari pengadil Saha sekali lagi mencipta gerakkan yang menarik dan berjaya menggelecek 3 orang pertahanan N9 sebelum berjaya menggelirukan penjaga gol N9 dan seterusnya berjaya menolak bola dengan cantik ke dalam gawang N9 sekali gus menamatkan sisa-sisa perjuangan pemain N9.Keputusan perlawanan berkesudahan dengan tuan rumah Negeri 9Naza tewas 1-4 kepada Terengganu.Perlawanan yang panas juga menyaksikan beberapa pemain Terengganu menerima layangan kad kuning.Kemenangan ini juga menyaksikan Terengganu terus layak ke peringkat suku akhir Piala FA.

 

 
< Prev   Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?