|
Piala FA - N.Sembilan (0) vs Terengganu (1) |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Thursday, 27 March 2008 |
PERJUANGAN KALAH MATI
Terengganu turun berdepan dengan N.Sembilan dalam perlawanan timbal balas pusingan kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini berbekalkan kelebihan satu gol.Kelebihan satu gol jaringan Norfarhan ketika perlawanan pertama minggu lalu masih belum menjaminkan laluan selesa untuk Terengganu melangkah ke pusingan seterusnya iaitu suku akhir. N.Sembilan sudah pasti akan mencari gol awal bagi memadamkan defisit gol yang Terengganu miliki. Dengan sorakan penyokong-penyokong setia Sang Rusa, sudah pastinya mereka (pemain2) turun dengan penuh semangat untuk sekali lagi membuktikan bahawa pasukan mereka seharusnya layak ke suku akhir. Rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini memihak kepada Terengganu.Dalam 3 pertemuan musim ini, 2 kemenangan di perolehi oleh Terengganu menerusi 3-1 (Liga Super) dan 1-0 (Piala FA) dan satu seri iaitu ketika bertandang ke Paroi dalam Liga Super pertengahan Februari lepas.Jika bersandarkan kepada rekod tersebut, Terengganu dikatakan beraksi cemerlang di Paroi namun sejarah hanyalah peninggalan dan bola adalah bulat.Prestasi semasa yang akan menjadi ukuran akan kehebatan dan kemenangan sesebuah pasukan.
Sang Penyu sekali lagi menyandarkan harapan kepada bekas pemain kebangsaan, Norfarhan Mohamad untuk menggempur kubu N.Sembilan yang diberitakan mendapat semula khidmat pemain bek tengah berpengalaman, Khairul Anuar Baharom. Norfarhan yang menemui sasaran dalam dua perlawanan terakhir sudah pasti bakal berpasangan dengan pemain import dari Brazil, Jocian Bento Dos Anjos setelah seorang lagi pemain import dari Brazil, Gleisson Freire dikhabarkan menjalani penggantungan perlawanan.Namun itu tidak melemahkan semangat anak-anak buah Yunus Aliff kerana boleh dikatakan hampir kesemua pemain Terengganu mampu meledakkan gol. Di pihak N.Sembilan pula, mereka sudah pasti menurunkan pemain muda berbakat, Zaquan Adha untuk mencari gol sekaligus memadamkan defisit gol milik Terengganu.Pasangannya sudah pasti Udo Fortune yang terbukti hebat ketika berkunjung ke Terengganu minggu lalu. Selain daripada dua penyerang kembar N.Sembilan ini, Terengganu juga perlu berhati-hati dengan kelibat Lamin Conteh Al-Hidayah yang seringkali menjadi duri dalam daging kepada pasukan Terengganu menerusi gerakan-gerakan bahayanya bersama dengan Idris Karim. Kelajuan pemain sayap kiri mereka iaitu S.Kunalan juga perlu diperhatikan. Namun begitu, sandaran terbaru Terengganu sudah tentu terarah kepada Norhisham Hassan yang baru selesai menjalani penggantungan.Norhisham yang selama ini membantu Zairo Anuar sekali lagi akan diberi peranan yang sama, membantu Zairo untuk mengemudikan jentera tengah Terengganu.Bukan itu sahaja, gerakan bermula di kiri dan kanan juga menjadi titik pertembungan menarik antara dua anak muda Terengganu itu dengan bek kental N.Sembilan, Rahman Zabul dan juga Ching Hok Aik. N.Sembilan sudah tentu lega dengan kembalinya Khairul Anuar Baharom yang pastinya bergandingan dengan Aidil Zafuan dan Marian Juhas bagi memantapkan barisan pertahanan.Namun benteng kukuh Terengganu juga pastinya tearah untuk mengekalkan kedudukan kelebihan gol milik Terengganu.Terengganu terpaksa melupakan khidmat Shahrul Ezrain, bek kiri yang mengalami kecederaan.Tetapi penggantinya sudah bersedia untuk sekali lagi memperagakan aksi yang terbaik bersama-sama dengan Fabio Flor,Marzuki Yusuf dan Muhaimin Omar. Jika dilihat prestasi semasa dalam kedudukan liga super, kedua-dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama tetapi terpisah dengan jumlah jaringan.Jika itu yang diambil kira, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke suku akhir.Namun, situasi perlawanan liga jauh berbeza dengan perlawanan Piala FA dimana piala FA adalah perlawanan kalah mati yang memerlukan perjuangan jitu para pemain bagi memastikan pasukan mereka layak ke pusingan seterusnya. Sama-sama kita nantikan pertembungan N.Sembilan-Terengganu malam ini dengan penuh debaran.Adakah mampu Terengganu melangkah bergaya ke suku akhir atau tertunduk lesu di Paroi.Namun langkah Sang Penyu kami iringkan dengan doa mengharapkan kemenangan dan sekaligus melayakkan diri ke suku akhir.
Selamat Berjaya!.
|
|
|