|
Liga Presiden : Terengganu lwn PKNS |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Tuesday, 25 March 2008 |
LEDAKAN HAFIFI
Mohd Alif Hafifi muncul wira Terengganu apabila meledakkan 3 gol bagi membantu skuad Presiden Terengganu menundukkan PKNS 3 - 0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang semalam. Mohd Aliff Hafifi yang menjalani latihan bersama dengan skuad Liga Super Terengganu membuka tirai gol Terengganu di awal babak separuh masa pertama.Manakala dia menggandakan jaringan peribadinya apabila perlawanan memasuki babak pertengahan separuh masa pertama.Manakala gol ketiga yang merupakan jaringan hatrik Hafifi diledakkannya menerusi tandukan pada separuh masa kedua.
Skuad Presiden Terengganu yang diperkuatkan dengan beberapa pelatih skuad Liga Super yang masih layak bermain untuk skuad Presiden melancarkan serangan bertali arus ke kubu PKNS.Manakala PKNS hanya sesekali menyerang.Namun serangan daripada PKNS yang diketuai oleh anak watan Terengganu sendiri iaitu Wan Aliff Jasmi gagal menemui sasaran dengan kekentalan yang ditunjukkan oleh Cheku Rusydiamir yang mengetuai benteng tuan rumah. Seharusnya Terengganu boleh memenangi perlawanan itu dengan jumlah jaringan yang besar namun sikap gopoh dan tindakan penyudah yang lemah oleh rangkaian serangan Terengganu tidak mampu memberikan skuad tersebut menjaringkan lebih daripada 3 gol.Permainan yang ditunjukkan oleh skuad anak penyu tersebut adakalanya tidak bermaya dan adakalanya begitu bersemangat memburu gol.Sesekali mereka mengendurkan serangan dan sesekali mereka pantas bergerak.Namun penyudahan yang lemah menjadi punca kepada gagalnya skuad anak Penyu menambah jaringan. Walaupun begitu, skuad ini meneruskan rentetan kemenangan setelah membelasah Proton FC di Shah Alam Khamis lepas.Skuad ini berpotensi untuk mencabar kejuaraan Liga Presiden. Mohd Aliff Hafifi yang muncul wira Terengganu petang semalam dikatakan sebagai penjaring terbanyak pasukan kerana seringkali muncul dengan ledakan-ledakan gol yang banyak setiap kali diturunkan.Mohd Aliff Hafifi yang dihubungi berkata " Banyak lagi yang kurang dalam permainan saya.Slow2 saya cari keyakinan diri".
Syabas dan tahniah kepada skuad anak penyu ini kerana berjaya meneruskan kesinambungan kemenangan.
|
|
|