SEO Header Title

MSL 07/08 : Terengganu lwn PDRM PDF Print E-mail
Written by tuahayam   
Sunday, 16 March 2008
TERENGGANU BEDIL POLIS

Misi membalas dendam ke atas kekalahan di tempat lawan semasa pusingan pertama akhirnya tertunai jua. Walaupun turun tanpa striker utama, Glesion, pemain muda Terengganu mampu menampung kekurangan tersebut. Dua Gol dari Farham dan Ashaari sudah cukup memberikan mata penuh kepada pasukan Terengganu.
Pemain yang kali pertama diturunkan, Ahmad Nordin yang menimbulkan kesangsian kepada para peminat kerana rata-rata belum pernah melihat aksi beliau sebelum ini .. berjaya menambat hati jurulatih Terengganu, Yunus Alif bagi mengisi tempat defensive mildfielder yang sebelum ini milik Norhisham Hassan yang telah digantung perlawanan kerana menerima kad merah ketika bertemu dengan Selangor sebelum ini.

Terengganu yang memulakan sepakan, terus melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol lawan bagi mencari gol pendahuluan. Barisan lawan kelihatan kehilangan punca dengan asakan bertubi-tubi terengganu, namun beberapa peluang keemasan gagal diterjemahkan ke pintu gol lawan.

Akhirnya pada minit ke 15, hasil kombinasi antara Ashaari Shamsudin dan Nor Farhan membuahkan hasil. Permainan hantaran 1-2 dari tengah berjaya memperdayakan barisan pertahanan dan Nor Farham terus merembat padu tanpa mampu diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Barisan pemain Terengganu tidak leka dengan gol pertama tersebut. Serangan demi serangan terus dilancarkan bagi memperolehi gol kedua namun tetap gagal. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Separuh masa kedua, Terengganu terus berusaha mencari gol kedua, namun serangan demi serangan berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan. Entah kenapa, ketika serangan demi serangan dilancarkan dan gagal menemui pintu gol, barisan Terengganu kelihatan seperti sudah berpuas hati.. Mereka mula mengendurkan serangan yang sekaligus membolehkan barisan tengah dan serangan Polis berjaya menyusup masuk ke kawasan Terengganu.

Ketika mula diserang, satu serangan kilat dilancarkan. Bola yang diclear dari bawah menuju tepat kepada Che Hishamudin Hassan yang menunggu ditengah. Ashaari Samsudin berjaya lari daripada kawalan barisan pemain lawan menerima bola dari Che Hishamudin dan berjaya membawa bola berhadapan dengan penjaga gol lawan. Beliau tenang menyudahkan peluang keemasan tersebut memberikan gol kedua kepada Terengganu.

Gol tersebut ternyata membangkitkan pemain Terengganu dari lamunan. Mereka kembali menyusun barisan tengah dan serangan untuk mencari gol ketiga. Sorakkan parap penyokong terus memberikan semangat kepada para pemain. Namun sehingga tamat perlawanan keputusan kekal Terengganu menang dengan jaringan 2 gol berbalas 0.

Tahniah kepada para pemain..
 
< Prev   Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?