TERENGGANU lwn PDRM 15 Mac 2008 Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 8.45 malam
BEDILAN SANG PENYU
Terengganu turun ke gelanggang sendiri malam ini dengan misi membedil pasukan Polis Diraja Malaysia selepas Sang Penyu dibedilkan oleh pasukan yang sama awal tahun ini.PDRM yang kecundang di tangan Selangor dalam perlawanan Selasa lalu sudah pasti ingin mencari kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.Manakala Terengganu yang berehat dari aksi Selasa lalu sudah tentu segar untuk mengulangi kejayaan kemenangan di tempat sendiri seperti mana menundukkan DPMM FC akhir bulan lalu.
Terengganu turun tanpa kelibat pemain import berbisa, Glession Freire sudah pasti sedikit merencatkan perencanaan Yunus Aliff namun kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain import dari Brazil itu bakal diisi oleh pemain tempatan, anak watan Terengganu Norfarhan Mohammad yang akan bergandingan dengan Jocian Bento Dos Anjos.Melihatkan persefahaman yang mula terbentuk, keyakinan semakin bertambah bahawa Terengganu akan mendominasikan perlawanan malam ini dan sekaligus memungut tiga mata penuh.
Barisan tengah juga sedikit dirombak akibat pergantungan Norhisham Hassan.Zairo yang kehilangan pasangannya di bahagian tengah akan berpasangan dengan pemain baru yang dibawa masuk oleh Yunus Alif bagi melancarkan gerakan memburu gol.Manakala dibarisan pertahanan, kepercayaan terus diberikan kepada 4 serangkai yang terbukti kukuh dalam perlawanan sebelum ini.
Dipihak PDRM pula, keberkesanan permainan pemain import dari Indonesia dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini sudah pasti memberi masalah kepada benteng Terengganu andai lalai dan leka.PDRM juga mempunyai gerakan-gerakan merbahaya apatah lagi azam mereka pastinya untuk sekali lagi memalukan Terengganu sebagaimana yang dilakukan mereka di Stadium Selayang awal tahun ini.
Namun, permainan bersih dan menarik pastinya ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan dalam usaha memungut mata penuh bagi memperbaiki dan mengukuhkan kedudukan dalam liga.
Kepada semua penyokong2 datanglah beramai-ramai memberi sokongan anda.