SEO Header Title

TERENGGANU BUNTU DI SHAH ALAM PDF Print E-mail
Written by DatukYah   
Sunday, 02 March 2008

MALAM YANG GELAP – “BLACKOUT”, HUJAN DAN EPISOD MERAH


Shah Alam. 02hb. Mac 2008. Terengganu gagal sama sekali memanfaatkan kelebihan beraksi lebih seorang pemain selama 44 minit apabila sekadar seri 0-0 biarpun penyerang ayam tambatan Selangor Safee Sali dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain pertahanan Terengganu, Fabio Flor pada minit ke19 separuh masa pertama perlawanan. Terengganu juga terpaksa bermain 10 pemain apabila Norhisham Hassan dilayangkan kad merah kerana bertindak secara fizikal mempertahankan cubaan serangan fizikal oleh P Gunalan kepada Zairo pada separuh masa kedua minit ke18. Biarpun insiden itu gagal dikesan oleh pengadil dan penjaga garisan namun pengadil ke4 yang juga pengadil tempatan yang bertindak sebagai pelapur telah memberikan maklum balas ketika sebahagian penonton menjangkakan P Gunalan yang bakal menerima padah juga tetapi malangnya tiada pula sebarang hukuman dikenakan atas P Gunalan biarpun insiden itu dicetuskan olehnya.



Jelas malam yang serba tidak menjadi dimana Persatuan BolaSepak Selangor mengundang kemarahan para penonton bila stadium yang bergelap tanpa sebarang pengumuman ketika menjelang petang dan para penyokong setia kedua2 pasukan mundar mandir tertanya2 kesudahan nasib perlawanan yang bakal berlangsung kerana keseluruhan stadium bergelap sejak jam 7.30 malam. Kaunter tiket juga menghentikan penjualan tiket sebagai langkah berjaga2.

Akhirnya selepas menunggu hampir satu jam, pihak stadium berjaya menyelesaikan masalah bekalan elektrik namun yang menjadi musykil adalah lampu limpah hanya menyala separuh padang sahaja. Kelibat para pemain kedua2 pasukan yang sudah masuk awal tetap meneruskan aktiviti memanaskan badan. Kelihatan para pegawai kedua2 pauskan serta pihak berkuasa stadium dan juga wakil FAM berbincang kata putus tentang nasib perlawanan ini. Akhirnya keputusan dimuktamadkan bahawa perlawanan akan ditunda malam besok ke Stadium MBPJ, Kelana Jaya dan para pemain sudah meninggalkan padang ditambah juga pengumuman daripada pihak stadium. Para penonton masih tidak berganjak pada pukul lebih kurang 9.40malam itu sambil mengharapkan keajaiban berlaku.

Tiba22 lampu limpah disebelah padang lagi menyala dan para penonton yang masih setia menunggu bersorak girang dan melaungkan kata2 semangat minta perlawanan diteruskan juga. Hasil perbincangan kedua2 pihak, sekali lagi keputusan asal dibatalkan dan perlawanan tetap dijalankan juga malam tadi. Berita tersebut ternyata mengejutkan sebilangan besar para pemain Terengganu yang sudah selesai bersalam dengan pemain Selangor serta juga masing22 sudah bersiap sedia untuk pulang ke bilik penginapan dengan ada para pemain yang sudah pun menanggalkan kasut mereka.

Selang dua minit perlawanan bermula, Terengganu mendapat sepakan sudut pertama namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Selangor. Freire berjaya menyambut hantaran Jocian pada minit ke3 tetapi sayang sekali dia terperangkap offside. Terengganu mungkin berada didepan jika tidak kerana kecemerlangan penjaga gawang Selangor yang bertindak bijak menepis cubaan laju NorFarham Mohamad pada minit ke8 setelah menerima bola tandukan kebelakang oleh Freire. Sepakan sudut yang diambil Zairo berjaya dikeluarkan pertahanan Selangor dan hasil daripada itu, tuan rumah nyaris didepan namun cubaan Shukur Adan pula sekadar mengegar palang atas gol Terengganu. Insiden kekasaran mula menampakkan bunga2nya apabila Ashaari Shamsudin dikasari oleh pemain Selangor namun tiada sebarang hukuman dikenakan oleh pengadil. Selangor sekali lagi menguji pintu gol Terengganu pada minit 19 namun Seator lambat menyambut bola yang melintas pintu gol Terengganu hasil sepakan sudut oleh Ellie Aboy.

Sejurus selepas itu, Safee diperintahkan keluar padang apabila menyiku Fabio Flor dan insiden itu dikesan oleh penjaga garisan. Tanpa seorang pemain, Selangor pula yang lebih mendominasi perlawanan dengan kawalan bola yang menarik dan Terengganu pula kelihatan hilang punca dan lebih banyak membuat hantaran jarak jauh yang tidak memberikan apa2 manfaat dan sia2 sahaja. Minit ke24, Penyu berjaya mendapat sepakan percuma dalam jarak 30m setelah Norfarham dijatuhkan oleh pertahanan tuan rumah namun sepakan yang diambil oleh pakar sepakan percuma skuad Hitam Putih, Zairo berjaya ditepis oleh penjaga gawang Merah Kuning dan tandukan susulan Fabio pula tersasar. Minit ke33, Ellie Aboy berjaya memperdayakan Sharul Ezrain namun cubaannya berjaya ditepis oleh Marzuki Jusoh dan sepakan sudut yang diperolehi gagal disempurnakan oleh pemain tuan rumah. Kontroversi sekali lagi tercipta apabila Freire yang bertindak laju disebelah kanan pintu gol Selangor memperdayakan pertahanan import Selangor sebelum dibentes oleh Amri YahYah didalam kotak penalti namun tidak dianugerahkan penalti kepada pelawat biarpun dibantah oleh para pemain Terengganu. Cubaan terakhir Terengganu pada minit ke 38 melalui sepakan percuma Zairo pula sekadar singgah dibenteng yang dibina oleh para pemain Selangor.

Separuh masa kedua bermula dengan tiada sebarang perubahan posisi pemain biarpun Ashaari jelas sekali gagal berfungsi dengan baik pada separuh masa pertama tadi. Biarpun bermain sepuluh pemain Selangor lebih agresif dan dua kali sepakan sudut diperolehi pada babak awal perlawanan namun gagal membuahkan hasil. Minit ke8, Penyu memperolehi sepakan percuma selepas NorFarham ditarik oleh bek kiri Selangor. Namun sepakan percuma Zairo berjaya dikeluarkan pertahanan Selangor, susulan Jocian ditepis penjaga gol lawan dan bola dirampas oleh Ashaari yang melorongkan kembali kepada Zairo tetapi cubaannya tinggi. Minit ke11 Jocian dijatuhkan di depan kotak penalti Selangor namun sepakan Zairo sekali lagi sasar. Yunus mula melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Abdul Manaf Mamat dan membawa keluar Ashaari yang tidak banyak membantu perlawanan pada malam tadi. Percubaan kencang Freire pada minit ke15 pula terbias oleh kaki pertahanan tuan rumah dan sepakan sudut yang diperoleh pula sekali lagi hampa tiada penyudahan menarik dapat dibuat. Freire memulakan episode kuning kem Terengganu dengan mengumpul kad kuning pertamanya pada minit ke17. Selang seminit kemudian NorHisham pula dilayangkan kad merah.

Sekali lagi Yunus terpaksa melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Ismail Frauqi mengantikan Jocian dan Zairo mengambil tugas sebagai pemain tengah bertahan dibahagian yang dikosongkan oleh NorHisham. Kemasukan Ismail memberikan lebih tenaga kepada jentera tengah Terengganu dengan pergerakan menarik dan laju mula kelihatan. Sebelum daripada itu, Freire sekali lagi menjadi mangsa kekasaran pemain pertahanan Selangor yang menyiku mukanya namun pengadil gagal mengesan dan bertindak memberikan hukuman yang setimpal. Minit ke20, Zairo pula menerima kad kuning kerana mematahkan pergerakan pemain Selangor. Minit31, Freire pula offside ketika lambungan cantik diterimanya daripada Ismail. Che Hishamudin masuk mengantikan NorFarham pada minit ke31 untuk menambah kekuatan bahagian depan. Selang tak lama kemudian huja lebat mula membasahi Stadium Shah Alam dan permainan banyak tersekat dengan padang mula digenangi air serta jarak pengelihatan yang agak kurang. Deman kad kuning berterusan apabila pengadil terus bermurah hati menghukum pemain Terengganu iaitu Marzuki dan Ismail dalam insiden dengan pemain Selangor biarpun banyak kali pula pemain Selangor yang terlepas daripada menerima hukuman ketika mematahkan pergerakan pemain Terengganu. Baki masa tambahan 3 minit jelas tidak dapat mengubah keputusan seri yang gagal membantu Terengganu untuk memintas Selangor di tempat ke3.

Terengganu: Sarbinee, Fabio, Marzuki, Shahrul Ezrain, Muhaimin, NorFarham (Che Hishamudin), Zairo, NorHisham (kad merah m63), Ashaari (Manaf), Jocian (Ismail), Freire

 
< Prev   Next >

Latest Result

PER - KED 1:0
PAH - PEN 0:0
POL - SAR 3:2
TER - JFC 1:2
SEL - NS 0:3
BRU - PRK 2:1
Extended view

Standing

  P
Kedah56
Negeri Sembilan NAZA48
Johor FC46
Selangor45
Perak41
Terengganu37
Perlis36
Pahang30
PDRM24
10 DPMM FC22
11 UPB FC-MyTeam22
12 Pulau Pinang17
13 Sarawak14
Full table

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?