SHAH ALAM – Menjelang sepak mula saingan Liga Super hari ini, gergasi pantai timur, Terengganu melaungkan amaran kepada Selangor bahawa tidak mudah bagi mereka untuk menumbangkan pasukan sang penyu dikandang mereka sendiri.
Ini kerana rekod terkini pertemuan kedua-dua pasukan ini amat seimbang dan boleh meranap impian besar sang gergasi jika terlalu yakin dengan kemampuan mereka, skuad bimbingan Yunus Aliff itu akan tampil dengan semangat dan harapan baru untuk terus mencipta kegemilangan serta mengutip 3 mata atau sekurang-kurang seri ditempat lawan.
Malam ini, skuad Sang Penyu tidak melakukan banyak pertukaran pemain, namun barisan pemainnya telah bersedia dan memahami sepenuhnya cabaran yang bakal ditempuhi di shah alam malam nanti.
Pasukan Sang Penyu pasti menempuh saat getir melihat lawan yang begitu ghairah memburu kemenangan dilaman sendiri
Pengempur berbisa Sang Penyu, Glession Freirra sekali lagi diberi tugasan untuk membolosi kubu lawan sambil digandingkan Ashaari Shamsudin yang dilihat semakin matang membantu bahagian serangan dengan memberi umpanan dan sokongan yang semakin baik dalam setiap perlawanan.
Manakala , Zairo Anuar Zailani yang telah gagal menjaringkan gol dari hasil sepakan sudut sejak 3 perlawanan yang lalu telah bertekad untuk menamatkan kemarau gol tersebut dengan menjadi Selangor sebagai medan untuk mendapatkan jaringan dari sudut tersebut.
Fabio Flor seperti biasa akan memikul tanggungjawab besar untuk menahan asakan dua penggempur berbisa Selangor iaitu Safie Salie dan Frank Seator.
Jika dilihat rekod persembahan kedua-dua pasukan ini kebelakangan ini, kedua-dua beraksi cemerlang dengan menghasilkan 2 kemenangan berturut-turut dan keputusan malam ini akan menjadi teka-teki kepada semua peminat, pasukan yang mampu menghasilkan gol akan keluar sebagai pemenang.