SEO Header Title

Terengganu dan Pahang buntu - sekadar seri PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 21 January 2007
Kuala Terengganu. 20hb. Januari 2007. Hasrat Terengganu untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian apabila hanya mampu seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super dengan pasukan di tangga kedua Liga iaitu Pahang Darul Makmur.

Turun dengan kelibat Mirindha yang disahkan cergas beraksi namun meninggalkan pertahanan kental Fabio yang berehat kerana pengantungan atas kad merah yang diterima sebelum ini, tuan rumah mengasak daripada babak awal perlawanan untuk mencari gol semangat. Sepakan percuma yang diambil oleh Ezrain hampir mendatangkan gol namun sipi pada seawal minit ke4. Begitu juga selang 5 minit kemudian hasil daripada sepakan sudut yang gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan namun peluang yang ada gagal disambar oleh Abd Manaf.

Sehinggalah pada minit ke64 Abd Manaf Mamat menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pertama perlawanan buat Penyu. Namun kegembiraan itu sekejap sahaja apabila pelawat berjaya menyamakan kedudukan melalui Tariq El Janabi pada minit ke68. Asakan demi asakan yang dilakukan oleh tuan rumah dan juga serangan balas pelawat gagal menambah jaringan sehingga kedua2 pasukan akur dengan menerima satu mata sahaja malam ini meninggalkan sang pendahulu terus selesa di puncak liga biarpun tidak bermain malam ini.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?