SEO Header Title

MSL 07/08 : TERENGGANU (2) lwn UPB MYTEAM (0) PDF Print E-mail
Written by tuahayam   
Wednesday, 27 February 2008
Glession Freire Wira Terengganu

Glession Freire satu nama yang satu ketika dahulu menjadi cemuhan para penonton kini mula menjadi tonggak pasukan dan kesayangan penyokong Terengganu pada masa sekarang.



Dua gol penting yang dijaringkan oleh beliau berjaya membolehkan Terengganu kembali bersaing dalam persaingan liga super yang satu ketika diibaratkan semakin meninggalkan kita.
Kemenangan 2-0 menentang Brunei DPMM di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah semalam hasil dari semangat juang yang tidak pernah luntur dalam diri pemain disamping sokongan padu para peminat setia yang terus memberikan sokongan.

Brunei yang memulakan sepak mula jelas buntu dalam menggerakkan jentera serangan mereka. Terengganu sejak minit pertama terus memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Brunei dengan serangan yang bertali arus. Sayang.. beberapa peluang awal gagal dimanfaatkan.. namun dengan tidak disangka, permata hitam Terengganu tidak mensia-siakan peluang dengan menanduk satu hantaran yang dihantar kepada beliau dengan penjaga gol tidak mampu berbuat apa-apa.

Gol pertama yang hadir itu tidak melekakan barisan pemain Terengganu. Serangan demi serangan terus digerakkan untuk menambahkan koleksi jaringan namun hampa kerana kegopohan barisan serangan dan juga kekentalan barisan serangan. Pertukaran posisi antara Ashaari Samsudin dan Abdul Manaf Mamat yang sering bertukar tempat bagi mengelirukan barisan pertahanan juga gagal mengegarkan jaring Brunei.

Separuh masa pertama kekal kedudukan 1-0. Separuh masa kedua, Farham yang dibawa masuk menggantikan Abdul Manaf bagi merubah tempo perlawanan bagi mencari lebih banyak gol. Namun suatu ketika kelihatan Brunei berjaya menyaingi barisan tengah Terengganu dan kawalan bola kembali seimbang yang amat menggusarkan para peminat.

Beberapa kali pemain Brunei berjaya melancarkan serangan pantas ketika Terengganu terus ghariah mencari gol seakan membawa padah kepada Terengganu. Namun nasib baik barisan Brunei gopoh didepan gol disamping kekebalan Sarbini di gawang gol.

Barisan depan Terengganu juga terus buntu dalam mencari gol walaupun mendapat begitu banyak peluang yang terhidang tapi gagal dimanfaatkan. Minit ke 63- Glesion sekali lagi muncul wira apabila berjaya menggelecek pemain Brunei dan terus merembat padu bola di dalam petak penalti yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol.

Walaupun mendahului 2-0, namun tiada perasaan berpuas hati dalam diri setiap pemain. Serangan terus dilancarkan namun tetap gagal menemui gawang gol. Perlawanan tamat dengan keputusan Terengganu berjaya memperolehi 3 mata dengan menewaskan Brunei DPMM 2-0.

Tahniah kepada para pemain yang terus berjaya menjadikan Stadium Sultan Isamil Nasaruddin Shah sebagai stadium keramat pasukan.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?