|
ZAIRO GALAS DUA WATAK PENTING
Pertemuan Terengganu-Brunei DPMM FC malam ini menjadi tugas penting kepada penggerak utama gerakan Sang Penyu, Zairo Anuar Zalani.Selain bertindak sebagai penjana gerakan, Zairo juga diamanahkan untuk sekali lagi memakai lilitan lengan setelah Kapten pasukan Mohd Marzuki Yusuf masih lagi demam.Namun tugas tambahan yang disandarkan kepada Zairo itu telah terbukti berjaya apabila membawa pasukan Terengganu membenamkan cabaran UPB/MyTeam 3- 1 Sabtu lepas. Zairo dan anak-anak buahnya pasti turun dengan misi utama iaitu mencari kemenangan seterusnya bagi mengukuhkan kedudukan dalam liga super.Kemenangan keatas UPB/MyTeam Sabtu lepas menjadi tonik berguna apatah lagi kemenangan itu berjaya dicapai walaupun beraksi dengan 10 pemain.Untuk perlawanan menentang DPMM FC ini, Jurulatih Terengganu, Ahmad Yunus Aliff terpaksa membuat sedikit rombakan dibahagian tengah setelah penggantungan Ismail Faruqi yang menerima kad merah ketika menentang UPB/MyTeam.Kemasukan semula Norhisham Hassan ke dalam skuad utama pasti menggembirakan penyokong-penyokong Terengganu yang mahu melihat gandingan mantap Zairo-Hisham terus diberi kepercayaan untuk menjana gerakan seterusnya membenamkan cabaran DPMM FC.
Gerak tari dan lengok serta hantaran tepat Zairo sekali lagi ditagih bagi memastikan barisan depan yang diterajui oleh Glession Freire terus menemui sentuhan penyudah.Manakala tugas mudah Hisham merampas bola sambil memastikan DPMM FC tidak bermaharajalela dalam kawasan Terengganu memberikan sedikit kelegaan kepada Zairo yang mana dalam perlawanan sebelum ini terpaksa bermain di posisi Hisham bagi memberi laluan kepada Ismail Faruqi menjanakan gerakan.Namun kembalinya Hisham sudah pasti memberikan lebih tenaga kepada skuad Hitam Putih itu bagi menongkah arus menentang badai yang pastinya dilakukan oleh pemain-pemain DPMM FC.
Walaupunbegitu, skuad kendalian Yunus Aliff ini terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan, Mohd Marzuki Yusuf yang masih lagi demam sejak sebelum perlawanan menentang UPB/MyTeam lagi.Marzuki yan ditemui berkata, "InsyaAllah kita boleh memenangi perlawanan malam esok(ini).Dengan UPB/MyTeam kite boleh menang, dan malam esok(ini) pun boleh.Rakan-rakan saya yang lain akan berusaha memastikan kemenangan milik kita.Zairo juga berjaya menjalankan tugas kapten pasukan yang diamanahkan kepadanya dalam perlawanan Sabtu lepas dan malam ni saya berharap dia juga berjaya melaksanakan misi pasukan dengan memimpin rakan-rakan yang lain mendapatkan mata penuh". Kata Marzuki setelah ditanya peluang dan harapannya terhadap pasukan dalam perlawanan malam ini.Apabila ditanya siapakah pengganti beliau di posisi pertahanan, Marzuki berkata, "terpulang kepada jurulatih untuk meletakkan siapa diposisi tersebut.Ramai pemain yang boleh bermain diposisi itu.Cheku Rusydi,Zulfahmi dan Durahim mampu bermain baik diposisi tersebut dan saya menjangkakan Durahim yang akan diturunkan setelah dia diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan sebelum ini".
Walaupun ketiadaan Marzuki, gandingan Fabio-Muhaimin dan Shahrul Ezrain masih mampu bertahan kental.Malam ini, barisan pertahanan pastinya sekali lagi diuji dengan keberkesanan serangan pemain-pemain DPMM FC.Mereka pastinya mendarat di KUala Terengganu dengan azam memungut mata penuh apatah lagi mereka dikecewakan oleh Selangor Sabtu lepas digelanggang sendiri.Ibarat harimau luka, DPMM FC tidak boleh dibiarkan berkuasa di atas padang malam ini.Zairo dan Hisham sambil dibantu dua pemain muda meningkat naik, Ashaari dan Abdul Manaf pastinya menjadi senjata Yunus bagi memastikan penguasaan berterusan daripada tuan rumah.Penyudahan yang semakin berbisa daripada Glession Freire sekali lagi ditagih untuk terus menjaringkan gol dan sekaligus memastikan kemenangan mutlak milik tuan rumah malam ini.Namun begitu, harapan menjaringkan gol bukan hanya disandarkan kepada Glession tetapi ramai lagi pemain-pemain yang berupaya menjaringkan gol dari pelbagai sudut.Ashaari, Abdul Manaf, Zairo,Fabio adalah muka-muka yang mampu menggegarkan jaring DPMM FC malam ini.Dan jangan terkejut andainya jaringan gol datang daripada barisan benteng seperti Muhaimin dan juga Shahrul Ezrain yang sudah lama tidak menemui sentuhan gol.
Brunei DPMM juga tidak boleh dipandang rendah.Mereka juga berupaya mengejutkan tuan rumah apatah lagi mereka telah kehilangan 3 mata Sabtu lepas.Misi mereka juga sama, ingin meranapkan impian tuan rumah untuk memungut mata penuh.Mereka hadir dengan bekalan pemain yang cukup ampuh adunan diantara pemain-pemain berpengalaman dan juga pemain-pemain muda.Jurulatih import mereka juga dilihat mampu melakarkan strategi mantap untuk membenamkan cabaran Sang Penyu.Namun begitu azam pemain-pemain Terengganu, menyerah tidak sekali,tentangan pasti diberikan dan perjuang mesti diteruskan.Lakaran startegi Yunus Aliff dan adunan 'skill' mantap milik pemain, bakal memastikan Sang Penyu terus tersenyum girang.
Ayuh wira-wira Sang Penyu, menoleh kebelakang bukan amalam kita, malah maju kehadapan dengan langkah yang gagah pastinya menggerunkan lawan.Komitmen,kesepakatan,fokus dan kerjasama sepasukan serta azam dan semangat yang tinggi menjadi intipati kejayaan pasukan malam ini.Sorakan penyokong-penyokong juga ditagih bagi memastikan api perjuangan pemain terus disemarakkan.
|