SEO Header Title

Piala Presiden : Terengganu lwn Sarawak PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Tuesday, 19 February 2008
HAFIFI WIRA PENYU

K.Terengganu - Mohd Aliff Hafifi menjadi wira sang penyu semalam apabila menjaringkan hatrik bagi membantu skuad Piala Presiden Terengganu menundukkan skuad dr Bumi Kenyalang,Sarawak dengan 4-0.Satu lagi gol disumbangkan oleh seorang lagi pemain simpanan Liga Super, Sham Sharil Gulam.

Kedua-dua pasukan mempamirkan aksi yang agak hambar diseparuh masa pertama.Namun kerapuhan benteng pasukan pelawat berjaya dihukum oleh keberkesanan penyudah oleh pemain muda Terengganu Aliff Hafifi dengan meledakkan tiga gol.Manakala gol keempat jaringan Sham Sharil Gulam mencetuskan kontroversi bagi kem Sarawak yang mendakwa gol tersebut tidak sah.Rembatan deras secara silang yang dlakukan oleh Sham Sharil terkena palang gol dan melantun keluar.Namun pengadil perlawanan mengesahkan bola terkena palang dalam dan seterusnya mengesahkan rembatan tersebut sebagai gol keempat Terengganu.
Pemain-pemain Terengganu hanya sesekali mengasak.Sebaliknya asakan banyak dibuat oleh pasukan pelawat.Namun benteng kukuh yang dibina oleh 3 pemain liga super iaitu Ahmad Shahril Zakaria, Zulfahmie dan Cheku Rusydiamir sambil dibantu Hassan Basri berjaya mematahkan serangan demi serangan daripada pemain-pemain Sarawak.Tidak banyak ancaman berbahaya yang dilakukan oleh Sarawak.

Terengganu menggandakan usaha di separuh masa kedua bagi mencari gol tambahan.Asakan demi asakan dilakukan oleh barisan hadapan Terengganu.Namun ketangkasan penjaga gol Sarawak menafikan beberapa peluang keemasan yang sepatutnya menghasilkan gol tambahan untuk Sang Penyu.Manakala Zairee Hafizee, penjaga gol muda Terengganu yang diangkat menjadi penjaga gol kedua Liga Super di belakang Sarbini Allawee tidak berkerja keras semalam.Hanya sesekali sahaja beliau menangkap bola.

Beberapa aksi keras ditunjukkan oleh pemain-pemain Sarawak sehinggakan seorang pemain mereka dilayangkan kad merah.Corak keras yang dipamirkan oleh pasukan pelawat itu hampir-hampir mencetuskan pergaduhan namun pengadil perlawanan berjaya mengawal keadaan.

Kemenangan ini memberikan kelegaan kepada jurulatih, Khalid Md.Dahan setelah kecundang 0-1 kepada skuad SSBJ di padang MSN Khamis lalu.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?