|
MSL 07/08 : Terengganu lwn Perak |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Saturday, 16 February 2008 |
LIGA SUPER 2007/2008
TERENGGANU LWN PERAK 16 FEBRUARI 2008 STD.SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU 8.45 MALAM
PENYU ATAU SELADANG?
Perlawanan kedua dalam pusingan kedua bagi kedua-dua pasukan menjanjikan satu pertembungan yang hebat setelah aksi yang kurang memberangsangkan dalam perlawanan sulung pusingan kedua Selasa lalu.
Skuad Terengganu yang memungut satu mata ketika bertandang ke Paroi Selasa lalu sudah pasti menginginkan 3 mata penuh apabila melayan kunjungan Perak malam ini.Namun laluan sukar dan berliku pastinya ditempuhi oleh anak-anak buah Yunus Aliff apabila Perak juga menginginkan jumlah mata yang sama apatah lagi mereka kecundang 1-4 di tempat sendiri Selasa lalu.Keaiban yang tercipta itu semestinya ingin dipadamkan oleh Steve Darby dan anak-anak buahnya di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Walaupun begitu, persediaan yang rapi dalam latihan oleh pemain-pemain Terengganu sebaik sahaja menjejakkan kaki di bumi Darul Iman sekembali dari Paroi menjanjikan sesuatu yang menarik untuk penyokong-penyokong setia Terengganu malam ini. Dendam kekalahan ditangan Perak 0-2 di Ipoh sudah cukup untuk menaikkan semangat untuk membalasnya dengan memberikan 'hadiah' kepada skuad Seladang itu.
Terengganu mampu menarik nafas lega apabila arkitek tengah yang cukup terkenal dengan sepakan percumanya akan kembali menguatkan barisan tengah sang Penyu malam ini.Kembalinya Zairo Anuar Zalani ke dalam skuad hitam putih itu membolehkannya menjana gerakan-gerakan menarik untuk disudahkan oleh penyerang import Terengganu Glession Freire yang sudah menyumbangkan 6 gol.Gandingan mantap Zairo bersama anak muda yang semakin meningkat naik, Ismail Faruqi semestinya memberikan satu impak yang berkesan dalam melumpuhkan jentera tengah Perak yang pastinya dikemudikan oleh Ahmad Shahrul Azhar.
Di pihak Perak pula, mereka mengharapkan sentuhan penyudah dari pemain berpengalaman Khalid Jamlus dan juga pemain import mereka yang semakin mendapat tempat dihati penyokong-penyokong Perak iaitu Caceres. Sambil dibantu oleh Ahmad Shahrul Azhar, K.Nantakumar dan Danial Fazly, sudah pasti bahaya akan menanti pertahanan Terengganu dengan gerakan-gerakan yang mencemaskan.Namun begitu, persediaan dan kejituaan gandingan 4 serangkai di barisan benteng Terengganu, akan memberikan kesukaran dan kepayahan untuk pemain-pemain Perak menyusup masuk.
Sang Penyu juga mengharapkan sentuhan penyudah yang berkesan daripada penyerang import berkulit gelap, Glession Freire bagi membantu skuad hitam putih itu memungut mata penuh.Terengganu juga dilihat mempunyai beberapa orang lagi pemain yang mampu menggegarkan jaring.Sentuhan penyudah Ashaari Shamsudin dan Abdul Manaf Mamat tidak boleh dipandang sepi.Mereka juga mampu menggegarkan jaring.
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan menjadi saksi malam ini.Adakah Sang Penyu yang akan mengamuk sakan dan memungut 3 mata berharga disamping melonjakkan diri ke kedudukan terbaik dalam senarai liga, ataupun Sang Seladang yang terluka Selasa lepas akan kembali menusukkan tanduknya? Apapun malam ini bakal terjawab.Sokongan dan sorakan daripada semua penyokong2 bolasepak tanahair ditagih untuk memberikan sokongan tanpa ada keraguan kepada pasukan kesayangan anda.Andai Terengganu yang menjadi pilihan anda untuk di sokong, sorak dan sokonglah sepenuh jiwa anda.
Kepada semua pemain Terengganu, langkah lah bak pahlawan,gahkanlah diri anda....andai ada sinar di hadapan, pastinya kemenangan milik kita.
Pihak Management GSN juga ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat koresponden GSNKT, Saudara Eezmo yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati, di Masjid Losong jam 9.30 malam tadi.Semoga ikatan perkahwinan itu berkekalan.Dan dengan ucapan....jangan lupa malam ni ada game kat stadium.
|
|
|