SEO Header Title

MSL: NEGERI SEMBILAN NAZA 1 : TERENGGANU 1 PDF Print E-mail
Written by DatukYah   
Tuesday, 12 February 2008

GLEISSON BANTU PENYU CURI SATU MATA

Paroi. 13hb. Februari 2008. Terengganu hanya mampu meraih satu mata berharga sahaja biarpun Negeri Sembilan beraksi dengan sepuluh pemain dalam tempoh 14 minit perlawanan Liga Super malam tadi dengan keputusan penuh terikat 1-1. Tuan rumah kehilangan Aidil Zafuan yang dilayangkan kad merah pada minit ke31 setelah menarik pemain Terengganu, Manaf Mamat sehingga terjatuh ketika Manaf dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol biarpun dikawal dua pertahanan lawan.


Kontroversi tercetus apabila kem Terengganu mendakwa bahawa sepakan penalti perlu diberikan berdasarkan isyarat awal daripada pengadil. Biarpun dibantah oleh pemain Terengganu, hanya sepakan percuma yang hanya sedikit sahaja diatas garisan kotak penalti diberikan. Jocian yang mengambil sepakan itu ternyata agak malang apabila bola berkenaan sekadar mencium tiang gol kanan Negeri Sembilan lalu melantun keluar dan pertahanan tuan rumah bertindak pantas mengeluarkan daripada kawasan penalti.

Ketika separuh masa pertama agak hambar permainan dimana kedua2 pauskan tercari2 rentak dan menyaksikan bola lebih banyak berlegar2 dikawasan tengah. Manakala serangan yang cuba dicipta pula mudah dipatahkan oleh pertahanan kedua2 pasukan. Namun Fabio sepatutnya lebih dahulu meletakkan Penyu didepan jika tandukannya agak sikit tersasar ketika beliau tidak dikawal semasa menyambung sepakan sudut pada minit ke2 permainan. Minit ke29, Gleisson menerima umpanan menarik daripada Bento namun lambungannya untuk mengelirukan penjaga gol Skuad Hoben tinggi melepasi palang gol.

 Percubaan paling menarik adalah gerakan yang tercipta disebelah kiri dimana Ashaari berjaya melorongkan bola ke tengah kawasan lawan lalu melepaskan sepakan separuh volley namun penjaga gol Negeri Sembilan pula cemerlang menepis dengan baik tendangan separuh lencong “Saha”. Tiga minit sebelum rehat, Terengganu menerima sepakan percuma pada jarak 30meter selepas Ismail Faruqi dikasari namun Gleisson gagal menyepak dengan kemas bola tersebut dan jauh daripada gol.

Separuh masa kedua, menyaksikan kedua2 pasukan saling bertukar serangan dan hasil daripada satu serangan pantas dikawasan tengah penalti Terengganu lalu dilorongkan kepada Ching Aik yang dengan tenang menendang cantik ke dalam gawang Penyu pada minit ke27. Namun Jocian terlebih awal menduga penjaga gawang Negeri Sembilan pada minit ke6 tetapi sepakannya daripada jarak 30meter tepat ke dakapan Farizal Harun. Ternyata permainan Terengganu agak menarik dengan kemasukan Manaf Mamat pada minit ke24 mengantikan NorFarham Mohamad.

Malahan percubaan menarik Manaf pada minit ke34 pula berjaya ditepis dengan baik oleh Farizal yang bermain agak cemerlang dalam perlawanan ini. Detik yang ditunggu oleh sebilangan penyokong Terengganu tiba pada minit ke38 apabila dalam keadaan agak kelam kabut, Gleisson sempat menjolok bola melepasi dua pertahanan lawan yang mengapitnya dan menerjah jaring tuan rumah untuk memberikan gol penyamaan buat Skuad Hitam Putih. Jika tidak kerana kegopohan Ashaari yang melakukan hantaran yang agak kuat ketika Manaf dan Gleisson berada dalam posisi terbaik untuk menjaringkan gol pada minit ke47 dalam satu serangan balas menarik disebelah kanan pintu gol Negeri Sembilan, tuan rumah mungkin berputih mata.




 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?