SEO Header Title

T-Team membuat persiapan terakhir menghadapi Liga FAM 2007 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 14 January 2007

14 Jan , Pasukan Bolasepak Amatur Terengganu , Kelab Bolasepak Daerah Kuala Terengganu atau lebih dikenali T-Team kini berada di fasa terakhir dalam membuat persiapan untuk menghadapi cabaran  Liga FAM 2007 yang akan bermula hujung minggu hadapan. T-Team akan memulakan perlawanan pertama dengan menentang pasukan Kelab Sukan Beverly  Sabah di tempat lawan pada Ahad ini sebelum menanti kunjungan dari pasukan Majlis Daerah Muar yang akan bertandang di Kuala Terengganu pada 28 Januari nanti. 

 

Sepanjang persiapan T-Team untuk  Liga FAM ini, beberapa perubahan dan perancangan untuk memperkemaskan pasukan telah dibuat dengan penuh teliti dengan harapan cabaran T-Team dalam liga FAM mampu berdayasaing dalam  memberi tentangan sengit dari pasukan lawan yang lebih berpengalaman dan mempunyai kualiti pemain yang lebih baik dari pasukan T-Team. Kemasukan beberapa orang bekas pemain skuad liga perdana Terengganu seperti Zulharisam Awang, Syed Ridzuan, Syed Sobrie dan Ariffin Musa adalah bertujuan untuk menampung kekurangan yang dimiliki didalam pasukan T-Team disamping mempergunakan pengalaman mereka yang sudah bermain ditahap liga yang lebih tinggi.

Untuk mengetahui sejauh mana kekuatan T-Team , beberapa perlawanan persahabatan telah berjaya diadakan yang melibatkan pasukan dari liga perdana, liga super dan liga presiden dan liga amatur terengganu. Berikut beberapa keputusan dari perlawanan persahabatan tersebut.

 

T-Team lwn Liga Super Terengganu             - Kalah - 0-6

T-Team lwn Umno Terengganu                    - Menang - 2-1

T-Team lwn Liga Super Terengganu             - Kalah - 0-4 

T-Team lwn Lagenda FC                             - Kalah- 1-2

T-Team lwn UIA (Uni League)                     - Menang -6-1

T-Team lwn  Liga Perdana Kelantan             - Kalah- 1-3

T-Team lwn  Liga Presiden Tel Melaka         - Menang- 3-0

T-Team lwn  PNB Selangor                          - Seri - 2-2

T-Team lwn  Liga Presiden Terengganu         - Kalah  -1-2

 

Jika dilihat dari keputusan 9 perlawanan persahabatan yang dilalui oleh T-Team, prestasi T-Team tidaklah memberangsangkan namun bagi pihak pengurusan pula mereka berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang dilalui walaupun ada kekurangan dibeberapa bahagian namun mereka yakin segala kekurangan tersebut akan dapat diperbaiki dalam masa terdekat ini. Pihak pengurusan lebih bersikap realistic dalam menetapkan sasaran mereka dalam liga FAM ini. Percubaan pertama pasukan ini dalam liga FAM sudah tentu akan mengundang banyak kekurangan dalam pasukan apabila liga berjalan nanti. Namun segala kekurangan tidak akan dijadikan alas an mudah kepada T-Team untuk tidak boleh bersaing dengan sembilan pasukan lain yang menyertai Liga FAM musim ini. Berusaha dan berjuang terlebih dahulu sebelum mengukur kemampuan diri diakhir saingan. Sokongan padu Kerajaan Terengganu kepada pasukan T-Team dilihat mampu memberi suntikan semangat kepada semua pemain untuk berjuang sehinggan titisan keringat yang terakhir.

 

Senarai Nama Pemain Utama T-Team

1- Zulharisam Awang

2- Syed Ridzuan Syed Abdullah

3- Md.Saiful Azrin Samsudin

4- Md.Hairi Aziz

5- Syed Mohamad Sabri Syed Mansor

6- Azrul Hazran Amirudin

7- Shazlisham Mohamad

8- Md Fairuz Hamizan Yusof

9- Shafuan Adli Shaari

10-Azman Zakaria

11-Norzaidi Abd Rahman

12-Ismail Abd Rahman

 

 

Maklumat Tambahan

 

1-Harga Tiket Liga FAM  di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah – Tempat Terbuka – RM 3  , Berbumbung – RM 5

2-Semua perlawanan di SSINS dilangsungkan setiap hari AHAD jam 8.45 malam.

 
< Prev

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?