|
MELANGKAH JAUH KE HADAPAN |
|
|
|
|
Written by WAN FAIRUL FAKHZAN
|
|
Saturday, 02 February 2008 |
Sayang Sayang Buah Kepayang Gugur Sebiji Menyembah Bumi Tewas Dilaman Sendiri Sesekali Jangan Teruskan Bejuang Sepenuh Hati Kuala Terengganu,
2 Februari - Bukan waktunya untuk berpaling ke belakang, bukan waktunya untuk menunding jari menyalahkan sesiapa. Tiada lagi ruang waktu untuk melakukan kesilapan. Jurang perbezaan mata semakin jauh ketara setelah aksi yang semakin tidak konsisten tatkala menghampiri penhujung pusingan pertama. Sudah terlalu banyak Terengganu tercicir mata berharga.
Malam ini Terengganu akan melayan kunjungan Negeri Sembilan di stadium keramat Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Rekod pertemuan musim lepas memihak kepada Terengganu dengan kemenangan 2-0. Tapi itu bukan jaminan kepada pasukan Terengganu untuk melakar kemenangan yang serupa. Ujian getir bakal menanti anak-anak buah Yunus Alif. Semangat membara anak-anak buah Wan Jamak pasti menghadirkan tentangan sengit hingga ke wisel penamat. Setelah mengalami kekalahan di Ipoh minggu lepas, sepastinya pemain-pemain Terengganu tidak sanggup lagi untuk membiarkan skrip yang sama berulang. Walaupun dilaporkan berjaya menguasai permainan tapi ketumpulan barisan peledak pasti menjadi igauan ngeri yang dibawa pulang dari sana.
Kelibat Gleisson yang semakin buntu untuk menerjah jaring dalam 2 perlawanan terakhir pastinya merisaukan kem Terengganu dan para penyokong. Malam ini seharusnya menjadi titik kebangkitan kembali bagi pemain import ini bagi membalas kepercayaan berterusan yang diberikan oleh pihak majikan dan juga penyokong Terengganu sendiri. Percaturan taktikal dan kombinasi pemain dari Yunus Alif pasti menjadi tumpuan malam ini. Setelah menerima kritikan pedas dari penyokong berkenaan taktikal yang digunakan dalam perlawanan sebelum ini, adakah malam ini Yunus Alif mampu merubah resepi masakannya dan melakukan adunan seperti mana yang dimahukan oleh penyokong. Adakah Yunus Alif akan terus menggunakan taktikal long ball yang diakui tidak lagi relevan ataupun akan mengambil pendekatan baru mengamalkan taktikal short ball?
Skuad Negeri Sembilan pula pastinya tidak rela kehilangan mata berharga dalam pemburuan mereka mengejar pendahulu liga. Adunan pemain muda dam pemain import pastinya akan dugunakan sebaik mungkin oleh Wan Jamak untuk meleburkan rekod kebal Terengganu di laman sendiri. Kelibat Lamin Conteh, Aidil Zaquan dan Affendi Malek pasti akan menjadi duri dalam daging dalam perlawanan nanti. Rentetan kemenangan pastinya mahu diteruskan oleh skuad Negeri Sembilan ini. Dan pastinya sokongan dari penyokong yang sanggup turun ke bumi Darul Iman akan menjadi pembakar semangat kepada para pemain skuad Rusa ini untuk melakar kemenangan yang penuh bermakna. Apa pun, sokongan dari penyokong sendiri pastinya ditagih oleh pemain-pemain Terengganu untuk membakar semangat perjuangan mereka malam ini. Dipihak mana akan mengapai kemenangan hanya akan ditentukan setelah berakhirkan perlawanan. Kepada kedua-duan pasukan, selamat berjuang. |