|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 10 January 2007 |
|
Kangar. 10hb. Disember 2006. Hasrat Sang Penyu untuk mencari sekurang2nya satu mata dalam perlawanan Liga Super menentang Perlis Indera Kayangan tidak kesampaian apabila akur dengan keputusan empat gol berbalas satu memihak kepada tuan rumah. Laporan perlawanan seperti berikut; PERLIS 4 Min.8 - Chipeta, Min.45 -Joey Ryan, Min.63 - Kombe, Min.86 - Faisal Esahar TERENGGANU 1 Min.88 - Che Hishamudin Barisan Terengganu Suhardi (Sarbini) Asrul - Marzuki - Fabio - Shahril Zairo (Ismail Rosicsky) - Soares - Norhisham - Nuralif (Saiful) Che Hishamudin - Manaf
Separuh Masa Pertama Perlis memulakan sepak mula… Min.5 - Terengganu terlebih dahulu melakukan asakan ke kubu perlis tetapi masih belum ada percubaan membahaya dapat dilakukan. Min.7 - Soeres melakukan sepakan percuma namun tandukan susulan dari Fabio gagal menemui sasaran Min.8 - Gol. Percubaan jauh dari Chipeta menghasilkan gol pertama Perlis Min.9 - Sepakan percuma dari Marzuki gagal menemui sasaran Min.12 - Seorang pemaing Perlis dilayangkan kad kuning setelah melakukan terjahan ke atas Che Hishamuddin Min.16 - Sepakan sudut Perlis berjaya ditepis oleh Suhardi Min.20 - Terengganu berjaya mendapatkan sepakan sudut namun gagal menghasilkan jaringan Min.22 - Hantaran silang dari Asrul berjaya ditampan oleh Manaf namun bola tinggi diatas palang Min.24 - Che Hishamudin melakukan percubaan liar Min.26 - Perlis melakukan percubaan dan hampir2 menghasilkan gol ke 2 Min.28 - Tendangan kencang dari Azlan Ismail berjaya diselamatkan oleh Suhardi Min.31 - Percubaan Azlan Ismail diselamatkan oleh Suhardi Min.32 - Sepakan sudut dari Perlis gagal Min.34 - Hantaran silang dari Asrul. Percubaan dari Norhisham sipi ke kiri gawang Min.36 - Sepakan percuma dari Soeres gagal Min.37 - 1 sama 1 Azlan Ismail dengan Suhardi berjaya digagalkan. Lontaran dari Jurad juga berjaya diselamatkan oleh Suhardi Min.40 - Percubaan dari Che Hishamudin berjaya diselamatkan oleh Sharizan (penjaga gawang Perlis). Peluang emas yg diperolehi oleg Terengganu gagal Min.43 - Serangan dari Perlis gagal Min.44 - Sepakan percuma dari Perlis diambil oleh Jurad gagal. terkena tangan Chipeta Min.45 - Gollll…serangan dari Perlis. Percubaan dari jauh menghasilkan gol ke 2 Min.45 - Tambahan masa 3 minit. Percubaan dari Zairo gagal Separuh Masa Kedua Terengganu memulakan sepak mula separuh masa ke 2… Min.47 - Serangan dari Perlis berjaya diclearkan oleh Alif Po@ Nur Alif Min.48 - Percubaan dari Pok Ya diselamatkan oleh penjaga gol Perlis Min.50 - Hantaran silang dari Asrul gagal disambut oleh rakan2 Min.51 - Perlis melakukan percubaan jauh lagi. Perlis dah tahu kelemahan Suhardi. Jurad dilayangkankad kuning kerana mengasari Pok Ya Min.53 - Percubaan dari Che Hishamudin sipi ke kanan gawang Min.53 - Percubaan dari Kombe liar. Pemaing simpanan Terengganu dah mula memanaskan badan. Pasti ada percaturan baru dari YA Min.57 - Sepakan sudut dari Soares gagal menghasilkan jaringan Min.59 - Sepakan percuma dari Jurad sipi diatas palang Min.63 - Gol. Jaringan dari Kombe Min.65 - Sarbini masuk mengantikan Suharid. Permainan Suhardi teruk malam ni… Min.67 - Sedikit kekecohan berlaku. Fabio dan Azlan Ismail dilayangkan kad kuning Min.69 - Zairo dikeluarkan. Ismail Rosicsky masuk Min.72 - Percubaan Chipeta terkena kaki marzuki. 3 kali sepakan sudut dari Perlis berjaya diselamatkan Min.75 - Nuralif digantikan dengan Saiful Min.75 - Freekick dari Terengganu gagal diterjemahkan dgn baik Min.80 - Percubaan jauh dari Ismail Rosicsky gagal Min.81 - Fabio dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning ke 2 Min.84 - Sepakan percuma oleh dari Marzuki. Tandukan Soeres sipi. Min.86 - Gollll… hasil sepakan percuma dari pemaing Perlis Min.88 - Terengganu menghasilkan gol hasil dari sepakan sudut Min.90 - Sepakan percUma terakhir daripada Terengganu dalam masa kecederaan Fakta Perlawanan - Anggaran penonton di Stadium Kangar 13-15 ribu.. - 5 jaringan dihasilkan oleh kedua2 pasukan - 1 kad merah dan 5 kad kuning dilayangkan |
|
|