|
UPB-My TEAM BERTANDANG KE SSINS
Pertemuan bertemu UPB-MyTeam ibarat pertemuan bagi menebus kekecewaan Terengganu dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini. Setelah mempamerkan aksi kurang konsisten tanpa mencatatkan sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan terakhir menggusarkan sedikit keyakinan peminat tentang keupayaan pasukan Liga Super Terengganu muncul kali pertama menjuarai Liga Super pada tahun ini.
UPB-My team yang menghuni kelompok terbawah liga tentu tidak akan membiarkan barisan serangan Terengganu berpesat gol pada malam sabtu ini. Mereka juga seperti pasukan-pasukan lain, bernafsu besar untuk meleburkan rekod kebal Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu.
Kemasukkan kembali penyerang berbisa Terengganu, Gleisson Jorge De Souza Freire yang telah digantung 2 perlawanan sebelum ini kerana mendapat kad merah ketika perlawanan menentang PDRM tempoh hari pasti memberikan sinar harapan bahawa barisan depan Terengganu pasti mengucar-kacirkan pertahanan UPB-My team.
Anak-anak muda Terengganu yang semakin meningkat dan menjadi bualan di bibir pemiant Terengganu seperti Ashaari Samsudin dan Ismail Faruqi jika diberi peluang bermain pasti akan menambahkan kebimbangan pasukan UPB-My Team.
Kembalinya ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yusof yang lebih dikenali dengan panggilan juki juga pasti melegakan kem Terengganu setelah digantung satu perlawanan akibat menerima 3 kad kuning. Ibarat kereta kebal di barisan pertahanan bersama pemain tinggi lampai , Fabio Flor pasti menyukarkan lagi pergerakan pemain-pemian UPB – My Team bagi mencari menembusi kawasan gol Terengganu.
Kelibat penjaga gol muda pula, Zairie Hafizie yang cemerlang menjaga gawang dari dibolosi banyak gol ketika menentang Brunei walaupun kali pertama diturunkan pasti melegakan lagi hati para peminat yang pada mulanya tidak memberikan keyakinan yang tinggi ketika penjaga gol utama, Mohd Sarbinie Alwi mengalami kecederaan. Dengan gaya tersendiri terutama mulut yang sentiasa riuh menginggatkan pemain-pemain lain agar tidak tidur atau leka menambahkan lagi kerancakan ketika perlawanan.
Walaupun begitu, pasukan Terengganu pasti tidak akan memandang rendah keupayaan UPB- My Team walaupun pasukan yang ditentang berada di kelompok terbawah liga kerana sejarah telah membuktikan.. sikap memandang rendah keupayaan lawan akan membawa duka kepada pasukan Terengganu.
Ayuh bangkit dengan memenangi perlawanan ini bagi meraih kembali keyakinan peminat luar bahawa pasukan Terengganu bakal menjadi salah sebuah pasukan elit dan bakal bersaing untuk merebut kejuaraan liga Super.
Dengan liga pusingan pertama semakin dekat untuk ditamatkan, keciciran mata bukanlah satu perkara yang boleh diterima. Jarak mata dengan pasukan yang sedang mendahului Liga mesti didekatkan kembali. Sebarang keputusan selain kemenangan pasti mengecewakan kita dalam perebutan kejuaraan liga Super.
Peminat-peminat juga diseru datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Satu pertanyaan harus bermain diminda masing-masing.. Jika Aku sebagai Anak Terengganu tidak memberikan sokongan padu kepada team Terengganu.. siapa lagi harus menyokongnya.. fikir-fikirkan lah..
Jumpa anda di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu pada hari sabtu ini jam 8.45 malam. |