|
Written by DatukYah
|
|
Sunday, 20 January 2008 |
|
ASHAARI MUNCUL PENYELAMAT TERENGGANU
Bandar Seri Bengawan. 19hb. Januari 2008 - Jaringan tunggal Ashaari pada separuh masa kedua, minit ke47 telah memberikan Penyu satu mata berharga untuk dibawa pulang daripada Brunai dalam perlawanan Liga Super 2007/2008 menentang DPMM FC yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Turun tanpa tiga tonggak utama iaitu Marzuki Jusoh, Gleisson Freire dan Mohd Sharbinee Allawee, memaksa Yunus melakukan percaturan penting dengan memberikan kepercayaan kepada Zairee Hafizie membuat kemunculan pertamanya dalam liga di posisi penjaga gawang Penyu.
Separuh masa pertama Terengganu banyak bertahan dan sesekali menyerang balas melalui hantaran jauh untuk memerangkap pertahanan lawan namun DPMM FC ternyata lebih bersemangat melalui kombinasi penyerang import daripada Brazil yang dipanggil semula iaitu Tiago Dos Santos dengan Rosmin Kamis yang acap kali mendera pertahanan Terengganu yang dipimpin Fabio Flor dengan Durahim Jamaluddin. Barisan pertahanan Terengganu terpaksa memberikan fokus yang lebih kepada Tiago sehingga memaksa tiga pertahanan mengekorinya bagi menghalang beliau daripada masuk ke kawasan penalti Terengganu.
Tiago hampir mencipta nama pada minit ke22 namun beliau terlebih dahulu berada dalam keadaan offside. Namun beliau biarpun dikawal ketat oleh pertahanan Penyu berjaya juga memberi sumbangan apabila lariannya disebelah kiri gol Terengganu gagal dihalang oleh Ezrain lalu Tiago membuat umpan yang disambar oleh Rosmin Kamis yang meledak kencang gol kontroversi apabila bola itu terkena palang dan melantun kedalam kebawah sebelum sekali lagi melantun keluar lalu ditangkap oleh Zairee. Ketika penjaga garisan tidak mengesahkan gol tersebut namun pengadil perlawanan mengesahkan gol Rosmin itu. Pemain Terengganu membuat bantahan termasuk juga Yunus dan para pegawai pasukan namun gol tersebut tetap disahkan akhirnya.
Ashaari memadam keinginan tuan rumah untuk merebut tiga mata apabila hasil satu serangan pantas pada minit ke2 separuh masa kedua perlawanan berjaya disempurnakannya dan menjadi gol terakhir yang berjaya dijaringkan semalam. Biarpun Terengganu mula mengancam pada separuh masa kedua tetapi keutuhan barisan belakang lawan menafikan setiap gerakan Terengganu. DPMM FC cuba untuk mencari gol kemenangan dan mendapat tidak kurang daripada tiga sepakan sudut dalam 10 minit terakhir namun gagal diterjemahkan oleh Tiago mahupun Rosmin. |
|
|