SEO Header Title

MSL 07/08 #9 : DPMM FC vs TERENGGANU PDF Print E-mail
Written by Eezmo   
Thursday, 17 January 2008

urology association


TUGAS BERAT MENANTI TERENGGANU

Kuala Terengganu, 17 Januari – Tugas getir menanti Skuad Liga Super Terengganu apabila berkunjung ke kubu kuat DPMM FC di Bandar Seri Begawan Sabtu ini. Terengganu yang pada ketika ini menghuni tangga kelima liga perlu untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi mencerahkan peluang mereka untuk merangkul kejuaraan liga. Walaubagaimanapun, jika dilihat pada prestasi mereka dalam dua perlawanan terdahulu, dikejutkan oleh PDRM 4 – 1 di Stadium Selayang dan sekadar mengutip satu mata menentang Selangor di gelanggang sendiri, ternyata ketua jurulatih, Yunus Aliff perlu memerah otak bagi mengolah formula baru yang mampu untuk meningkatkan prestasi pasukan terutamanya bagi menangani kelesuan jentera serangan. Skuad bimbingan Iordan Stoikov pula amat kebal di gelanggang mereka terutama dengan kemasukan 2 orang bintang import baru iaitu Tiago dos Santos dari Brazil dan Francois Mpessa dari Camerroon bagi melengkapkan kuota pemain import mereka. Seorang lagi merupakan pemain pertahanan kental dari Maghribi, Abdel Hakim Al-Bahloul.

Terengganu bakal terbang ke Brunei bukan bersama skuad terkuat mereka. Gleisson Jorge De Souza Freire yang merupakan penyerang utama skuad Penyu terpaksa disisihkan dari senarai pemain akibat menjalani penggantungan 2 perlawanan dari kad merah yang diterima beliau ketika menentang PDRM. Khidmat ketua pasukan, Marzuki Yusof juga terpaksa dilupakan berikutan 3 kad kuning yang telah dikumpulkan oleh beliau. Tanpa dua ikon Terengganu ini, ternyata misi disana pastinya menjadi satu ujian sukar bagi Yunus Aliff dan pembantunya, Mohamed Nik. Gandingan harapan Yunus Aliff bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gleisson semasa menentang Selangor, Mohd Saufi Ibrahim – Jocian Bento ternyata tidak dapat mendatangkan hasil seperti yang diharapkan dan keadaan ini haruslah diberi perhatian oleh jurulatih yang juga bekas pemain kebangsaan itu. Dibarisan pertahanan pula, ketiadaan Marzuki Yusof pastinya membuka ruang bagi pemain yang baru menyertai skuad Penyu, Durrahim Jamaluddin dan juga kepada anak muda yang sedang meningkat naik, Che Ku Rusydiamir. Pengalaman luas Durrahim Jamaluddin pasti memberi sedikit kelebihan bagi pemain kelahiran Melaka tersebut.


Jurulatih Yunus Aliff memberi taklimat kepada para pemain petang pada sessi latihan semalam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

DPMM FC pula pastinya menagih sentuhan Tiago dos Santos untuk merobek pertahanan Terengganu. Beliau bukanlah pemain yang asing bagi DPMM FC kerana beliau pernah menyarung jersi pasukan tersebut pada musim 2005/2006 dimana didalam 6 penampilan, beliau berjaya menjaringkan 14 gol. Satu percapaian yang mampu untuk menghadirkan gentar pada pihak lawan. Tidak kurang pula, Francois Mpessa, anugerah pemain terbaik liga musim lepas semasa bersama kelab PSMS Medan adalah bukti kualiti baik yang dimilikkinya. Para pemain Terengganu harus berhati-hati dan mempamerkan permainan yang terbaik bagi memastikan sekurang-kurangnya 1 mata berjaya dibawa pulang.

Seorang peminat ketika ditemui disini, Ahmad Fardhin B Mohd Rasid,25, berkata bahawa ketiadaan Marzuki Yusof tidak membimbangkan kerana pasukan masih mempunyai pemain lain yang mampu menggalas tanggungjawab itu seperti Durrahim Jamaluddin dan Che Ku Rusydiamir. Beliau yang juga bertugas sebagai pembantu juruukur bahan di Bandar Kuala Terengganu juga menambah bahawa masalah yang perlu dititikberatkan oleh Yunus Aliff adalah di bahagian serangan yang selama ini dilihat hanya bergantung kepada tendangan percuma Zairo Anuar Zalani dan tandukan Fabio Flor. Bagi Jamaluddin Ahmad, 43, pula, peluang adalah seimbang antara Terengganu dan DPMM FC. dan dengan ketiadaan Gleisson, Marzuki dan Sarbinee, diharap jurulatih dapat merencana yang terbaik bagi pasukan. En. Jamaluddin Ahmad juga berharap agar Yunus Aliff dapat memasukkan pemain tengah, Ismail Faruqi bagi menambah sengat pasukan.

Kami di GSN mengucapkan selamat berjuang kepada para pemain.


Eezmo@BilikBeritaGSN

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?