|
MSL 07/08 Terengganu lwn Selangor |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Tuesday, 15 January 2008 |
MAMPUKAH SANG PENYU?
Mampukah Sang Penyu menjinakkan Gergasi Merah dalam pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini? Pertembungan malam ini diibaratkan sebagai satu medan kebangkitan Terengganu selepas diaibkan oleh PDRM dalam perlawanan 10 hari lepas di Selayang.Namun seribu satu persoalan yang timbul dibenak penyokong2 setia Hitam Putih itu, mampukah menlenyapkan keegoaan Selangor yang cukup mendabik dada setelah menjinakkan Polis lawan yang menewaskan Terengganu Sabtu lepas.Apatah lagi Terengganu turun tanpa pemain import Glession Freire yang menjadi 'mangsa pengadil' selepas dilayangkan kad merah dalam perlawanan sebelum ini.
Safee Sali, dipihak Selangor kini berada dalam situasi terbaik setelah menjaringkan hatrik ketika membenam PDRM namun dipihak Terengganu pula, siapakah yang layak menggantikan tempat Glession Freire.Adakah Norfarhan Mohamad ataupun bekas penyerang simpanan kebangsaan yang kini sering menjadi pilihan Yunus Aliff iaitu Saufi Ibrahim?.Atau masihkah ada ruang untuk Abdul Manaf Mamat mencuri tumpuan dalam kesebelasan utama Terengganu malam ini?Begitu juga dengan kelibat anak muda, Aliff Hafifi bakal mengejutkan semua? Segalanya bakal terungkai apabila sepakmula jam 8.45 malam ini.
Kehebatan Selangor terbukti apabila barisan bintang mereka berjaya membenamkan PDRM 4-1 Sabtu lepas yang menyaksikan Selangor mengambil alih tempat Terengganu di tangga kedua dibelakang pendahulu liga, Kedah.Keyakinan Selangor makin bertambah apabila bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kini sudah menemui semula sentuhan penyudahnya.Mampukah skuad bimbingan Yunus Aliff membendung asakan gandingan Akmal-Safee ataupun gandingan Seator-Safee? Keupayaan benteng Terengganu tidak boleh diperlekehkan Selangor malah kepercayaan Yunus Aliff kepada keutuhan gandingan Fabio-Marzuki di pertahanan tengah terus ditagih.Gandingan mantap pertahanan tersebut bakal menerima bantuan dua pemain bek kiri dan kanan yang cukup efektif dalam melaksanakan tugas.Seorang pemain muda yang sedang meningkat naik dan seorang lagi pemain senior yang cukup berpengalaman.
Kejayaan Shukur Adan dalam mengemudi Selangor membenam cabaran PDRM Sabtu lepas tidak boleh diperkecilkan barisan tengah Terengganu.Persoalannya, mampukah barisan 4 serangkai Sang Penyu dibahagian tengah menafikan dominasi tengah Selangor yang dikatakan cukup hebat dengan kehadiran Indra Putra Mahyuddin disamping ketua pasukan mereka Shukur Adan? Namun begitu, kepakaran dan keupayaan Zairo Anuar Zalani dalam merencanakan rentak permainan Terengganu telahpun terbukti dalam perlawanan2 terdahulu.Bukan itu sahaja, kepakaran dalam situasi bola mati juga pastinya milik Zairo.Gandingan Zairo-Hisham kini terus ditagih oleh penyokong-penyokong setia untuk mencacatkan gerakan Selangor.Kedua-dua pemain tersebut akan dibantu oleh dua anak muda yang kini sedang memahat nama dalam bolasepak tanahair.Aksi konsisten yang ditunjukkan oleh Ashaari Shamsuddin wajar diteruskan malam ini.Begitu juga dengan pengalaman pemain kebangsaan terus dituntut untuk memberikan yang terbaik membantu serangan Terengganu.
Benteng Selangor yang dikhabarkan agak rapuh, perlu diambil kesempatan oleh pemain import licik Terengganu iaitu Jocian Bento Dos Anjos dalam menyusup masuk ke kotak penalti Selangor seterusnya melepaskan rembatan demi rembatan untuk membocori gawang kawalan Megat Amir Faisal.Kelicikan beliau bakal kita saksikan dalam aksi 90 minit malam ini.Gandingannya masih menjadi rahsia.Antara Farhan,Saufi,Manaf dan Hafifi masih belum dapat ditentukan.Siapakah pilihan Yunus Aliff untuk menggempur dan menyusahkan kubu Selangor? Siapakah yang turun, pastinya dia adalah pilihan tepat untuk merobek gawang Selangor.
Di pihak Selangor, sudah pasti dendam lama ingin ditebus.Kekalahan 0-1 dikaki Zairo dalam suku akhir Piala Malaysia musim lalu, masih segar diingatan mereka.Sudah pasti mereka bermati-matian malam ini untuk mencari kemenangan dan seterusnya mencabar Kedah dipersada liga.Walaupun begitu, pemain-pemain Terengganu sudah melaungkan keazaman tinggi untuk mencari kemenangan.Bermula malam ini, persada liga akan ditakluki, kemenangan demi kemenangan akan diraih, kejuaraan liga akan dikejar.
Para penyokong juga ditagih untuk memberikan sokongan padu kepada skuad hitam putih dalam merealisasikan impian membenam Selangor di laman sendiri malam ini.
Langkah pemain kami iringi dengan doa kemenangan.
gg@bilik berita gsn |
|
|