SEO Header Title

Terengganu vs Perlis PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 08 January 2002

Pertembungan sengit

Perlis dan Terengganu, dua pasukan teratas Liga Super setakat ini bakal berentap di Stadium Utama Kangar Rabu ini bagi menentukan siapakah yang layak memimpin liga super.Perlis yang mendominasikan carta liga sejak perlawanan pertama lagi dilihat  begitu sukar untuk ditumbangkan.Namun kejayaan Terengganu menumbangkan Johor FC dan Pulau Pinang di gelanggang lawan seolah-olah memberi amaran awal kepada Perlis bahawa pemimpin liga super bakal beralih tangan kepada skuad Penyu itu.

Kehadiran pemain import terbaru Perlis sedikit sebanyak memberikan kelebihan tenaga apatah lagi beraksi digelanggang sendiri.Walaupun begitu, Terengganu juga tidak kurang gahnya.Pernah membenamkan Perlis di Stadium Utama memberikan azimat berguna untuk sekali lagi menjinakkan Perlis biarpun agak tempang dengan senarai kecederaan yang panjang.Tetapi itu bukan alasan kukuh untuk anak-anak buah Yunus Aliff menyerah kalah sebelum berjuang. Kelibat anak muda produk daripada generasi emas skuad Piala Presiden musim lalu, dilihat mampu memporak-perandakan benteng Perlis biarpun benteng Perlis dikawal oleh Kabwe Kamuzati.

 

Tangan emas Suhardy Elby sekali lagi disandarkan harapan agar gawang Terengganu tidak dibocori setelah dua penampilan Suhardy sebelum ini, gawang kawalannya masih belum dibocori. Benteng ampuh lagi kebal semestinya akan memberi masalah kepada Chipeta dan rakan-rakan untuk menembusinya.Apatah lagi kelibat Fabio yang begitu kukuh bergandingan dengan Marzuki seringkali menyesakkan lawan sebelum ini. Fabio yang menjadi penjaring terbanyak Terengganu dalam liga perdana musim lepas baru menemui sentuhan golnya dalam perlawanan menentang Selangor sabtu lepas.Dia sekali lagi bakal mencemaskan Tay Sin Kiat digawang Perlis.Dikiri dan kanan benteng, perjuangan dua anak muda diteruskan.

Gabungan mantap dalam 5 perlawanan terdahulu dibarisan tengah, memungkinkan satu lagi perencanaan menarik untuk menyusup masuk ke kubu Perlis nanti. Dengan begitu ramai pemain tengah yang berkaliber dalam skuad Terengganu, ianya tidak menyukarkan Yunus Aliff untuk membuat pilihan.Gandingan Helton-Zairo, Helton- Hisham, Hisham - Zairo, Helton - Faruqi, Hisham - Faruqi dan Zairo - Faruqi, Helton - Aliff, Aliff - Zairo dilihat mampu memberikan sesuatu yang bermakna untuk disudahkan barisan depan Terengganu. Di kiri dan kanan, tentunya anak muda yang begitu laju dan bersemangat tinggi untuk memberikan yang terbaik.

Sentuhan gol dari anak muda Terengganu, Abdul Manaf Mamat sekali lagi ditagih agar berterusan setelah Norfarhan Mohamad dan Sharlei Lins mengalami kecederaan.Bersama Manaf sudah tentu Che Hishamudin yang sekali lagi akan memberi seribu satu kesibukan kepada benteng Perlis.

Walaupun begitu, Perlis bukanlah sebuah pasukan belasahan.Mereka telah membuktikan kemampuan mereka baik digelanggang sendiri, mahupun di gelanggang lawan.Jarak satu mata antara Perlis dan Terengganu memberikan sedikit tekanan kepada Perlis namun mereka pastinya berusaha untuk cuba menjarakkan diri.

Strategi jitu daripada gandingan dua anak watan Yunus Aliff dan Mohamad Nik sekali lagi diharapkan untuk membawa 3 mata penuh ke bumi Darul Iman.

Kepada skuad Penyu…..ayuh buktikan, dimana sahaja anda bermain, gelanggang itu akan ditawan. Kepada skuad Perlis selamat berjuang.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?