SEO Header Title

MSL. Match #3, PP vs Trg PDF Print E-mail
Written by TuahAyam   
Wednesday, 19 December 2007
Penang Ikat Terengganu


Selasa, 18 Disember 2007, Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Skuad liga super Terengganu membuka semula tirai liga setelah berehat lama dengan bertemu pasukan Pulau Pinang. Di atas kertas, peluang meraih 3 mata lebih tearah kepada pasukan Terengganu yang lengkap dengan pakej pemain disamping kemenangan besar menentang Sarawak sebelum ini. Sang Penyu terpaksa akur apabila sekadar mampu seri sahaja 1-1 apabila Pulau Pinang bangkit melawan ketika Terengganu kehilangan Mohd Saufi yang dilayangkan kad merah pada babak pertama perlawanan,




Bagaikan menjadi malam pesta gol bagi pasukan Terengganu pada perlawanan tersebut apabila pemain import pertahanan, Fabio Flor berjaya menjaringkan gol di awal minit-minit permainan melalui tandukan keramat beliau. Namun malam yang disangkakan malam pesata gol Terengganu, padah rupanya menimpa. Mohd Saufi Ibrahim, pemain Terengganu yang pernah menyarung jersi Pulau Pinang pada musim lepas ditunjukkan laluan keluar oleh pengadil perlawanan apabila menerima kad merah pada separuh masa pertama. Ketika Terengganu mengharapkan sekurang-kurangnya dapat memenangi perlawanan dengan 1 gol tersentak apabila pasukan Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol penyamaan sekaligus meragut peluang Terengganu meraih 3 mata penuh.


Perlawanan tamat dengan Pulau Pinang berjaya mengikat pasukan Terengganu dengan keputusan 1-1. Ahad ini pula Terengganu akan melayan pasukan Kedah di SSINS. Segala aspek perlu diperbaiki sebelum perlawanan Ahad ini kerana pasukan lawan dalam keadaan penuh bernafsu di depan gol apabila mampu menang besar 4-1 denga PDRM.


Ayuh.. Keputusan seri sudah tertulis dalam suratan takdir dan menjadi sejarah.. Bersama-sama kita memenuhkan SSINS bagi memberikan kembali keyakinan dan semangat kepada pasukan tercinta kita.. Terengganu Darul Iman..

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?