SEO Header Title

Fabio pastikan rekod cemerlang cemerlang Penyu utuh,Selangor pulang hampa PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 07 January 2007
Kuala Terengganu. 07hb. Disember 2007. Jaringan tunggal melalui pemain pertahanan import dari Brazil, Fabio Flor pada minit ke32 sudah cukup untuk memberikan tiga penuh kepada anak buah Yunus Aliff pada perlawanan Liga Super malam tadi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Penyu “khecok” dengan meninggalkan pemain terbaru dalam senarai penonton iaitu Sherlie Mirindha yang terpaksa berada di khalayak orang ramai bersama2 Fazly, Nik Zul, Ezrain dan Farhan. Yunus masih menaruh kepercayaan kepada duo bekas lulusan skuad Piala Presiden Terengganu iaitu Abd Manaf serta Shahril untuk bersama2 pemain lain dalam kesebelasan utama. Seawal minit ke2 hasil daripada percubaan Saiful Rusly namun bola yang muntah daripada dakapan penjaga gol Selangor gagal dimanfaatkan oleh Manaf. Peluang yang terhidang melalui dua sepakan percuma pada minit ke11 dan 17 gagal disempurnakan dengan baik oleh Soares. Shahril menerima kad kuning pertamanya pada minit ke24. Sehinggalah kekasaran oleh P Gunalan yang membantah keputusan pengadil menyebabkan dia layangkan kad kuning. Soares mengambil sepakan percuma itu dengan baik dan Fabio berjaya mengatasi benteng pertahanan lawan lalu menanduk kencang tanpa diselamatkan lagi oleh Anis Faron. Soares hampir menjadikan kedudukan 2-0 namun sepakannya berjaya ditumbuk keluar oleh penjaga gol pelawat.Separuh masa kedua, sepakan percuma yang diambil Marzuki serong daripada sasaran pada minit pertama. Begitu juga percubaan Zairo yang tinggi melepasi palang lima minit kemudiannya. Che Hishamuddin menerima kad kuning kerana mengasari pemain lawan. Penyu masih gagal memanfaatkan sepakan percuma pada minit ke19 dan 21 yang dilakukan oleh Marzuki dan Zairo. Yunus memasukkan Ashaari bagi mengantikan Abd Manaf, manakala Ismail mengantikan Asrul pada minit ke25 dan 30. Ismail tidak lama kemudian menerima kad kuning kerana kekasaran yang dilakukan kepada pemain lawan. Norhisham yang tercedera digantikan oleh NurAlif. Marzuki menerima kad kuning pada minit ke46 dan menambah koleksi peribadinya kepada dua kad. Tambahan masa empat minit gagal memberikan apa2 erti biarpun Ismail hampir meletakkan dirinya dalam senarai penjaring namun percubaanya sasar biarpun penjaga gawang Selangor sudah tertewas.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?