SEO Header Title

Terengganu Terus Unggul PDF Print E-mail
Written by tuahayam   
Monday, 10 December 2007
PENYU KETEPIKAN KIJANG

Isnin, 10 Disember 2007.Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu... Skuad liga super Terengganu berjaya merakamkan kemenangan bergaya dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Perdana Kelantan.

Perlawanan persahabatan ini menjadi medan ukuran kepada kedua-dua Jurulatih dalam mencari kombinasi terbaik dalam menghadapi liga musim 2007/2008





Barisan pertahanan diketuai oleh Marzuki dan dibantu oleh Fabio, Mohaimin dan juga Durahim. Zairo dan Jocian pula bergandingan dibarisan tengah sambil dibantu oleh Ashaari dan Ismail Faruqi dibarisan sayap.

Gleison dan Che Hishamudin pula diberi amanah untuk merobek gawang gol Kelantan sambil Shahrizan sebagai penjaga gol utama.

Yunus Alif ternya ingin mencuba barisan kombinasi yang berlainan dan juga taktikal yang baru.

Perlawanan dimulakan tepat jam 8.45 malam dalam keadaan hujan lebat sekali sekala. Gerakan awal banyak dikuasai oleh barisan tengah Kelantan diketuai oleh pemain import tinggi lampai bernombor 8 Kelantan.

Gandingan Jocian dan Zairo kerap tersekat dibarisan tengah. Serangan demi serangan dilakukan oleh barisan Kelantan tapi ternyata barisan depan mereka gagal memanfaatkan peluang.


Dalam pada Kelantan asyik menyerang dan terngganu banyak berkubu di tempat sendiri.. serangan pantas sekali sekala dilancarkan oleh Terengganu. Hasilnya pada minit ke-12, barisan pertahanan Kelantan menjatuhkan Jocian diluar petak penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan tendangan percuma.

Zairo yang diberi amanah mengambil sepakan tersebut ternyata berjaya menyempurnakan sepakan tersebut. Bola terus menuju ke gawang gol dengan penjaga gol hanya mampu melihat. Gol tersebut nyata menaikkan kembali semangat para pemain dalam mencari seberapa banyak gol.

Melihat kelesuan barisan tengah dan sayap, Yunus Alif mengeluarkan Ismail Faruqi dan digantikan dengan Asrul. Permainan kembali seimbang. Serangan dari kedua-dua pihak tidak mampu memecahkan kebuntuan gol.

Satu peluang keemasan diperolehi oleh Kelantan apabila penyerang mereka berjaya melepasi perangkap offsaid, namun Shahrizan berjaya menghalang tendangan tersebut..
Melihat barisan yang diturunkan gagal menyekat

Ketika bola banyak berlegar ditengah-tengah padang, satu lagi serangan kilat dilancarkan oleh Terengganu. Ashaari berjaya memahatkan nama sebagai penjaring gol pada perlawanan ini dengan menyudahkan hantaran cantik daripada Zairo.

Kelantan mula menggandakan asakan mereka, dan hasil kelekaan barisan pertahanan sekali lagi, penyerang mereka berjaya mengelakkan dari perangkap offsaid. Shahrizan yang menerpa gagal untuk menyekat bola tersebut dari masuk ke gawang gol Terengganu

Walaupun perlawanan banyak dikuasai oleh barisan Kelantan namun, pada minit ke-38, Jocian yang melihat ruang terbuka didepan gol, mengambil keputusan merembat dari luar petak penalti sekaligus menghasilkan gol ketiga Terengganu.

Ketika para peminat menyangkakan keputusan separuh masa kedua akan kekal 3-1, penyerang import Terengganu, Gleision akhirnya berjaya juga dalam misi mencari gol pertama beliau sekaligus menamatkan satu penantian menyeksakan selama ini. Gol tersebut hasil hantaran daripada Ashaari Samsudin.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 4-1.

Separuh masa kedua dimulakan dengan barisan serba baru. Mohaimin, Durahim, Zairo, Che Hishamuddin dan Fabio dikeluarkan. Ianya digantikan oleh Saufi dibarisan serangan, Norhisham Hassan dibarisan tengah dan Ahmad Shahril Zakaria, Saiful dan Che Ku dibarisan pertahanan.

Kemasukkan pemain-pemain ini ternyata menampakkan kelemahan ketara. Barisan terngganu terus longlai dalam merencanakan serangan. Keadaan ini ternyata memberikan kelebihan kepada barisan serangan Kelantan untuk melancarkan serangan bertali arus ke kawasan Terengganu.

Satu rembatan dari luar petak penalti hampir mengegarkan gawang gol Terengganu, namun penjaga gol Shahrizan berjaya menerbangkan diri bagi menepis bola tersebut.

Abdul Manaf Mamat akhirnya diberi peluang beraksi apabila masuk menggantikan Ashaari Samsudin yang kelihatan keletihan.

Perlawanan kembali menjadi perlahan selepas itu. Bola kembali berlegar-legar di kawasan tengah padang. Jocian yang bekerja keras semasa perlawanan akhirnya mengalami kecederaan otot dan terpaksa dikeluarkan. Mohd Shahrul Ezrain dimasukkan menggantikan Jocian.

Barisan serangan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa kedua. Perlawanan ditamatkan dengan keputusan Terengganu 4 Kelantan 1.

Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Dato Che Mat Jusoh dan Kelantan, Dato Anuar Musa turut hadir ke stadium memberikan sokongan kepada negeri masing-masing

Perlawanan turut disaksikan oleh warga Kelate.Net yang sanggup turun memberikan sokongan kepada pasukan mereka. Terima kasih diucapkan kepada warga KDN yang sanggup bersama-sama warga GSN dalam aktiviti sembang dan minum air selepas perlawanan.


Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan. Nantikan berita-berita hangat lain dari bilik berita GSN..

Sampai disini dahulu laporan perlawanan persahabatan Terengganu melawan Kelantan, Sampai Jumpa lagi dan majulah sukan untuk Terengganu.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?