SEO Header Title

BOLING AKHIR TAHUN GSN 2007 PDF Print E-mail
Written by Eezmo   
Monday, 10 December 2007

KEJUARAAN MILIK PENYU BELIMBING



Tanpa diberi sebarang harapan sebelum pertandingan bermula, Kumpulan Penyu Belimbing telah berjaya muncul selaku juara keseluruhan Kejohanan Boling Akhir Tahun GSN 2007 menafikan peluang lain-lain kumpulan yang lebih berpengalaman. Kejayaan yang tidak disangka-sangka ini bertambah manis apabila salah seorang pemain mereka, Marzuki Yusof yang juga merupakan kapten skuad Liga Super Terengganu musim ini berjaya muncul sebagai pemain terbaik kejohanan dengan mengumpul jatuhan pin individu tertinggi sebanyak 462 jatuhan.

Bertempat di Pusat Boling, Kompleks Sukan TER, seramai 33 orang peserta yang dibahagikan kepada 7 kumpulan telah beradu kekuatan untuk mempamerkan kemahiran masing-masing. Berobjektifkan untuk memupuk semangat muhibbah dan merapatkan hubungan sesama ahli dan pemain bolasepak, ternyata Pusat Boling TER malam itu riuh rendah dengan gurau tawa sesama peserta. Pelbagai gelagat dapat dilihat yang pastinya mampu menerbitkan senyuman dikalangan penonton yang hadir semata-mata untuk menyaksikan bakat-bakat terpendam 10 orang pemain skuad Liga Super Terengganu yang sebelum ini hanya boleh dilihat diatas padang bolasepak.


Kejohanan berlangsung dengan menggunakan format mengumpulkan 4 jumlah jatuhan terbaik individu dari semua kumpulan. Di akhir pertandingan, Kumpulan Penyu Belimbing yang terdiri daripada Fahmi (Ketua Pasukan), Marzuki Yusof, Aliff Afifi, Fazli dan Izhan berjaya muncul juara dengan jatuhan keseluruhan berjumlah 1619 jatuhan. Diikuti oleh Kumpulan Penyu Daung melalui kombinasi Are-ghes (Ketua Pasukan), Faizal, Kamarul Azwan, Shahrul Hezrain dan Ahmad Shahril Zakaria sebanyak 1523 jatuhan pin. Mohd Hanafi (Ketua Pasukan), Tengku Rosdan, Sarbinee Allawee dan Azaruddi pula memastikan Kumpulan Anak Penyu merangkul tempat ketiga dengan 1472 jatuhan pin. Bagi kategori individu pula, Marzuki Yusof telah dinobatkan selaku pemain terbaik keseluruhan dengan kutipan jatuhan tertinggi merampas kedudukan juara individu edisi lalu, Bard dari Kumpulan Penyu Tempayang. Mohd Hanafi pula menepati ramalan awal untuk membawa pulang anugerah tangan emas, yang diberikan kepada peserta yang berjaya melakukan bilangan strike tertinggi. Izhan dari Kumpulan Penyu Belimbing pula merupakan pemain paling bertuah apabila menggondol 2 anugerah individu untuk dibawa pulang iaitu anugerah pelongkang terbaik dan anugerah jatuhan tercorot.

Secara umumnya, kejohanan ini berjaya dilangsungkan dalam suasan yang meriah. Meskipun berlaku sedikit kerosakan lane, namun itu tidak menjadi halangan untuk objektif pertandingan ini tercapai. Semoga di masa-masa akan datang, pihak penganjur dapat mengadakan lagi pertandingan seumpama ini dan memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada. Terima kasih kepada semua yang menyertai dan yang hadir memberi sokongan. Majulah sukan untuk GSN.

Eezmo@BilikBeritaGSN 2007
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?