SEO Header Title

BOLING AKHIR TAHUN GSN 2007 : DEBARAN MEMUNCAK PDF Print E-mail
Written by Eezmo   
Thursday, 06 December 2007


Kuala Terengganu, 6 Disember - Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum balingan mula akan dilakukan bagi menandakan bermulanya Kejohanan Boling Akhir Tahun GSN 2007. Kejohanan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Ganusoccer.net ini bakal menyaksikan persaingan sengit oleh 7 kumpulan yang keseluruhannya melibatkan 24 orang ahli GSN serta dimeriahkan lagi dengan penyertaan 11 orang pemain bolasepak skuad Liga Super Terengganu. Bertempat di Pusat Boling, Kompleks Sukan TER jam 8.00 malam ini, pihak pengurusan Ganusoccer.net berharap agar aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara para ahlinya dan juga bersama bintang-bintang bolasepak Terengganu itu. Kejohanan ini merupakan susulan daripada kejayaan kejohanan yang dianjurkan awal tahun lalu. Kejayaan kejohanan terdahulu itu juga telah menarik lebih ramai peserta untuk edisi kali ini.

Ketika ditanya, YM Tengku Ahmad Rosdan,30, selaku wakil penganjur berkata "Pihak Ganusoccer.net berharap dengan penganjuran aktiviti sebegini, ia dapat mengeratkan silaraturrahim dan merapatkan hubungan sesama ahli. Ianya lebih kepada aktiviti komuniti". Untuk memeriahkan lagi suasana dan hasil sumbangan dari ahli-ahli GSN sendiri, pihak penganjur bukan sahaja menyediakan hadiah untuk Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga, malah turut menyediakan anugerah khas untuk "Best Bowler" untuk pemboling yang mengutip paling banyak mata, "Jackpot" untuk pemboling yang berjaya mendapatkan 5 strike pertama, Pelongkang Terbaik untuk pemboling yang paling banyak melempar ke longkang dan juga Anugerah Pemboling paling sedikit mengutip mata.

Ketika kami membuat tinjauan di sekitar tempat kejohanan akan berlangsung, kami telah sempat bertemu dengan seorang peserta yang bakal menyertai kejohanan tersebut sedang membuat latihan. En. Ahmad Shariman,25, ketika ditanya mengenai peluang beliau, berkata "memandangkan ni first debut saya dlm kejohanan boling GSN, saya tidak mensasarkan juara,naib juara atau tempat ketiga.saya cuma berharap dok duduk no last doh la. Yang penting, target saya nok mengurangkan --".Mengenai persiapan pula, beliau merendah diri dengan berkata "persiapan ala kador je...g lepo 3-4 frame je..". Dikhabarkan kebanyakkan peserta telahpun menjalani latihan-latihan intensif bagi menghadapi kejohanan kali ini bagi memastikan peluang membawa balik hadiah yang disediakan penganjur.

Kepada orang ramai terutamanya para peminat bolasepak Terengganu, anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi suasana dan menyaksikan sendiri bakat-bakat terpendam pemain-pemain skuad Liga Super Terengganu bersama-sama ahli-ahli GSN di lapangan boling pada malam ini, jam 8.00 malam di Pusat Boling, Kompleks Sukan TER. 

Eezmo@BilikBeritaGSN

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?