|
Perlawanan Persahabatan : LS Terengganu lwn PP Terengganu |
|
|
|
|
Written by Geng Ganu
|
|
Thursday, 06 December 2007 |
LIGA SUPER TERENGGANU BENAM SKUAD PRESIDEN TERENGGANU
K.Trg, 5 Dis - Selepas berkunjung ke Kota Bharu bagi mengharungi perlawanan persahabatan Sabtu lepas, skuad Liga Super Terengganu meneruskan siri perlawanan persahabatan mereka petang kelmarin.Kali ini bertembung dengan pasukan 'adik' mereka iaitu skuad Piala Presiden.Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Liga Super Terengganu dengan jaringan 4-0.
2 gol dihasilkan pada separuh masa pertama dan dua gol lagi terhasil pada separuh masa kedua.Perlawanan tersebut kelihatan agak seimbang namun jentera tengah Liga Super Terengganu dilihat masih mampu mengawal perlawanan walaupun sesekali terajui tengah perlawanan dikuasai oleh pemain-pemain skuad Presiden.
Gerakan separuh masa kedua masih berpihak kepada Terengganu.Namun skuad Presiden juga mencuri tumpuan penyokong-penyokong dengan sesekali membuat gerakan kemas dan teratur.Mereka juga berjaya menyusup masuk ke kotak penalti Terengganu tetapi ketenangan yang dimiliki oleh barisan pertahanan menjadi penyelamat pintu gol Terengganu.
Dipertengahan babak kedua menyaksikan beberapa gerakan menarik yang di lakukan.Namun penyudahan yang tumpul sekali lagi menjadi penghalang.Satu lintangan leret yang dilakukan oleh Saiful Rusly hanya dipandang sepi oleh Glession yang perlu menahan untuk menambah jaringan. Begitu juga hantaran dari benteng terus kepada penyerang namun kegopohan dalam kawalan bola menggagalkan usaha menambah gol. Menyedari beberapa pemain mengalami keletihan, Yunus bertindak mengeluarkan Ashaari dan menggantikan Abdul Manaf serta Ahmad Shahril bagi memberi peluang kepada Shahrul Ezrain beraksi.
Kemasukan Manaf dan Shahrul Ezrain memberi sedikit tenaga kepada pasukan.Abdul Manaf menjaringkan gol ketiga Terengganu apabila cerdik memperdayakan dua benteng skuad Presiden tatkala mereka mencari-cari untuk membuat perangkap offsaid.Menyedari diri tidak off said Manaf membawa bola masuk ke kotak penalti dan merembat menewaskan penjaga gol kedua Skuad presiden yang sebelum itu beraksi agak cemerlang.
Gerakan demi gerakan terus dilancarkan oleh kedua-dua pasukan bagi mencari gol.Namun ketumpulan serangan kedua-dua pasukan menyukarkan untuk mencari gol tambahan dan pembukaan untuk skuad presiden.Gol keempat Terengganu akhirnya hadir apabila Saiful Rusly yang mendapat hantaran leret dari sebelah kanan membuat satu tolakan leret ke kiri pintu gol skuad presiden yang sama sekali menewaskan Shamirza,penjaga gol presiden yang meluru keluar untuk menyelamatkan keadaan.
Selepas jaringan tersebut,kedua-dua pasukan nampak keletihan dan bola banyak berlegar dikawasan tengah padang.Wisel penamat ditiupkan dengan kemenangan berpihak kepada skuad Liga Super.
Satu lagi perlawanan persahabatan akan diadakan.Perlawanan menentang Kelantan itu dijangkakan pada 9 atau 10 Disember nanti.
|
|
|