SEO Header Title

Perlawanan Persahabatan : SL Terengganu lwn S.Presiden Terengganu PDF Print E-mail
Written by Geng Ganu   
Thursday, 29 November 2007

normal human cell system

SKUAD LIGA SUPER LESU

K.Trg, 29 Nov - Perlawanan persahabatan 'dalaman' antara skuad Liga Super Terengganu menentang Skuad Piala Presiden Terengganu berkesudahan dengan kemenangan 2-0 Skuad Liga Super.Walaupun memenangi perlawanan tersebut, corak permainan yang ditunjukkan oleh Skuad Liga Super berada dibawah tahap sebenar.Cengkaman mereka lesu dan layu walaupun Abdul Manaf Mamat dan Mohd Saufi Ibrahim menceriakan kem dengan 2 jaringan, satu di setiap babak.

Skuad Piala Presiden yang dibimbing oleh Jurulatih Khalid Md Dahan sambil dinasihatkan oleh Che ku Mohd Nor tampak lebih bersedia untuk memberi cabaran kepada skuad utama Terengganu itu.Mereka nampak lebih teratur dan tersusun dalam merencanakan gerakan.
Skuad utama Terengganu mempertaruhkan Saiful Rusli, Durahim Jamaluddin, Che Ku Rusydiamir dan Ahmad Shahril dibarisan pertahanan bagi membentuk kombinasi mantap tanpa bantuan daripada Fabio Flor dan juga Marzuki Yusuf.Namun barisan ini nampak masih tidak mampu untuk menahan asakan bertali arus daripada anak-anak muda Terengganu dr skuad Presiden.Durahim yang turun selaku pemain berpengalaman juga tidak mampu untuk menunjukkan keupayaan sebenar.Dibarisan tengah pula Yunus Aliff mencuba gandingan Hisham-Ismail Faruqi sambil dibantu oleh Ashaari di sebelah kiri manakala Muhaimin Omar disebelah kanan.Namun gandingan dibarisan ini juga nampak belum bersedia untuk mengambil alih barisan utama. Gerakan yang sering tersangkut dan kekurangan idea membolehkan skuad Piala Presiden menguasai perlawanan.Gandingan Abdul Manaf dan juga Mohd Saufi Ibrahim belum mampu untuk bertindak liar.Hanya sedikit kesilapan dibarisan pertahanan Skuad Piala Presiden, mereka mampu menghasilkan gol.Selepas itu, mereka kesunyian dalam membocori gawang lawan.

Skuad Presiden pula nampak begitu bersemangat menentang skuad utama Terengganu itu.Mereka lebih bersedia dan mempunyai semangat juang yang tinggi.Gerakan banyak dijalankan oleh pemain tengah Presiden,Supian yang kembali kepada pangkuan skuad setelah mengalami pergantungan setahun.Gerakan-gerakan mereka mampu mengkucar-kacirkan barisan benteng skuad Utama terutama dibenteng bahagian tengah.Kekurangan pengalaman menjadi punca sebenar, ketewasan mereka ditangan skuad utama Terengganu.

Namun begitu, perlawanan persahabatan ini mampu memberikan satu pendedahan berguna kepada kedua-dua skuad dalam menjayakan misi masing-masing.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?