SEO Header Title

Preview: Terengganu menentang Selangor PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 06 January 2007

Kuala Terengganu. 06hb. Disember 2007. Persiapan pasukan Terengganu untuk menentang Selangor malam ini terus terjejas dengan senarai panjang kecederaan pemain yang tidak berkurangan malahan terus bertambah dengan Mirindha turut menempa namanya dalam senarai tersebut selepas perlawanan menentang Pulau Pinang pada pertengahan minggu. Namun seolah-olah rahmat kerana kecederaan pemain-pemain utama ini memberikan ruang dan peluang untuk Yunus menguji dan mendedahkan para pemain muda yang lain seperti Ashaari, Manaf, Shahril, Ghulam, Ismail dan Nuralif.Ketika aksi penjaga gawang kedua, Suhardi yang agak memberangsangkan pada babak kedua perlawanan sebelum ini biarpun agak goyah pada babak pertama kerana membuat kemunculan penuh kedua yang berselang hampir dua tahun namun keupayaan bekas penjaga gol skuad bawah umur Malaysia ini nampaknya semakin menyakinkan dan mampu memberikan kelegaan kepada kem Terengganu.

Yunus boleh juga memiilih untuk membawa Sarbini jika perlu kerana kemampuan penjaga gol ketiga Terengganu ini juga tidak kurang hebatnya dengan refleksi badan yang baik serta juga berdasarkan pengalaman yang dikutip bersama skuad Olimpik jelas memberikan dorongan kepada anak muda ini untuk meneruskan saingan dengan Suhardi bagi merebut kekosongan yang ditinggalkan Syamsuri.Alangkah menariknya jika Penyu dapat menurunkan “master of wizard” Ismail Faruqi yang biarpun kecil molek namun skill permainan yang agak “berlainan” itu pastinya menimbulkan masalah kepada jentera pertahanan lawan dengan hantaran2 yang tepat dan pergerakan badan yang menarik. Juga kelibat Nuralif @ Alipo mungkin perlu diberikan aksi pertamanya dalam Liga Super, selaku jeneral Skuad U20 Malaysia yang tersisih disaat akhir kerana kecederaan namun pengalaman luas bersama K Rajagopal terutama menentang MY Team memberikan kekuatan mental kepada anak muda tinggi lampai ini. Apa kurangnya ShamShahril Ghulam seorang lagi anak muda yang mempunyai larian kencang serta hantaran tepat dan pantas. Beliau sudah puas mengucup pelbagai gelaran juara semasa peringkat umur dan pastinya keinginan beliau meluap2 untuk mengisi satu kekosongan dalam skuad Yunus Aliff menentang anak buah Dollah Salleh malam nanti.Tanpa perlu mengira latarbelakang lawan, tuan rumah perlu bermain sebagaimana biasa dengan sokongan padu penonton sendiri yang dijangkakan akan memenuhi setiap ruang Stadium Sultan Ismail malam ini. Gol awal adalah azimat berharga kerana Dollah mempunyai pemain yang mampu mengecewakan Penyu jika sikap sambil lewa atau alpa ditunjukkan. Yang jelas, rekod tanpa kalah Penyu di laman sendiri perlu dipertahankan agar tiada siapa dapat mencalarkannya dan rekod kemenangan berterusan perlu dicapai bagi merapatkan jurang dengan sang pendahulu liga ketika ini. Penyu “kechok” sudah bersedia untuk melayan kunjungan Gergasi Merah dengan permainan menghiburkan malam nanti.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Random Pictures


Login Form






Lost Password?