|
Manaf tumbangkan Harimau Kumbang |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 03 January 2007 |
|
Pulau Pinang. 03hb. Disember 2006. Abd. Manaf Mamat, berjaya menceriakan kem Terengganu untuk melangkah dengan bergaya pada tahun 2007 dan juga memberikan hadiah harijadi kepada rakan sepasukan, Marzuki apabila Manaf menjaringkan gol tunggal dan kemenangan buat Sang Penyu pada minit ke 80 dalam saingan Liga Super malam ini di Stadium Bandaraya. Turun tanpa Syamsuri, Suhardi menjadi pilihan Yunus untuk mengemudi gawang daripada dibolosi dan beliau sedikit gugup pada awal separuh masa perlawanan. Seawal minit ke18, pemain penyerang P. Pinang hanya berdepan satu sama satu dengan Suhardi namun gagal memanfaatkan peluang yang ada. Cubaan Penyu pada minit22 pula melalui sepakan sudut pula pantas disambar penjaga gawang lawan. Kecederaan terus menghantui skuad Terengganu apabila pemain berjersi 9 (Ashaari) terpaksa diusung keluar seketika selepas itu. Minit ke30, bola tendangan hasil sepakan percuma P.Pinang muntah daripada dakapan Suhardi namun tindakan susulan tidak berjaya. Suhardi sekali lagi menangkap lemah pada minit ke-42 namun masih mampu mengawal bola daripada meleret masuk ke dalam gol.
Separuh masa kedua. tuan rumah lebih awal menghidu bau gol namun sasar tandukan penyerang mereka pada minit46. Minit48, Marzuki menyambut harijadi dengan kad kuning apabila menarik pemain lawan ketika dia berusaha mempertahankan kubu daripada dibocori. Empat percubaan Terengganu pada minit ke 49-54 namun gagal membuahkan apa biarpun tandukan kencang Fabio seakan menerjah jaring buat mengakhiri kemarau golnya. Terengganu memasukkan pemain berjersi 24 (Ismail) mengantikan pemain berjersi no 8. Manakala tuan rumah memasukkan penyerang muda Amirul dan juga NorAffandy untuk memberikan tekanan buat sang pelawat pada minit 63 dan 69. Amirul hampir meletakkan P.Pinang dihadapan pada minit ke70 namun walaupun berdepan dengan Suhardi tetapi Suhardi lebih tangkas mengagalkan cubaannya. Zairo dikeluarkan pada minit ke 77 digantikan dengan pemain berjersi 20. Dan selang 2 minit selepas itu, Abd Manaf Mamat muncul sebagai wira sang Penyu apabila berjaya meledak gol menarik kedalam gawang tuan rumah. Terengganu nyaris menambah satu gol lagi pada masa kecederaan namun percubaan tersebut hanya mencium palang gol sahaja. |
|
|