SEO Header Title

Preview: Pulau Pinang menentang Terengganu PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 03 January 2002

Stadium Bandaraya pada malam ini bakal menyaksikan satu pertembungan hebat diantara pasukan Harimau Kumbang-Pulau Pinang dan Sang Penyu Terengganu.

Walaupun Terengganu berada 4 tangga diatas pasukan tuanrumah,namun hanya 2 mata yang memisahkan kedua-dua pasukan ini dan mana-mana pasukan yang memperloehi 3 mata pada malam besok pasti bakal mempunyai kelebihan dan akan berada pada kedudukan yang lebih baik. Sekali lalu ,pasukan Pulau Pinang yang kini dibarisi oleh pemain-pemain tempatan sepenuhnya, tampak bukanlah pasukan pilihan dalam Liga Super tahun ini. Namun semangat juang barisan yang diketuai Nordin Khamis ini jelas utuh dan liat untuk dijinakkan ,apatah liga di Stadium Bandaraya yang menjadi kubu kuat mereka selama ini.

Ditambah dengan kepakaran pengendali, Josef Herel yang tentunya bakal merancang strategi jitu bagi meranapkan rekod tanpa kalah Terengganu. Dengan gandingan pemain berpengalaman seperti Durahim Jamaluddin,Surady Aziz dan Mat Saiful Mohamed ,serta tenaga2 muda seperti Azrul Ahmad,Zafran Olibullah,Zulhisham Jamaludin dan Mohd Farizal Rozali,Pulau Pinang mampu mencemarkan rekod tanpa kalah Terengganu selepas 4 perlawanan.

Terengganu walaupun tidak memandang rendah kekuatan lawan namun perlu diingati jika sebarang kelekaan serta kurang tumpuan terutamanya pada minit-minit terakhir perlawanan dibenarkan berulang,tidak mustahil kita akan pulan dengan tangan kosong.

Dikala ketua Pasukan merangkap penjaga gawang utama pasukan Syamsuri bersama dengan skuad kebangsaan,peminat tentunya berharap pengganti beliau samada Nordy@Suhardy Elbi ataupun Sarbini mampu menutup pintu gol daripada dibolosi lawan.Ini lah masa yang paling sesuai bagi mereka menunjukkan kemampuan mereka yang selama ini hanya dibangku simpanan. Selain daripada itu harapan tentunya kepada Che Hishamudin dan Sherlei@Pok Ali untuk menghasilkan gol ,begitu juga Manaf yang sudahpun menemui sentuhan serta x-presiden lainnya yang kini telah mulai mendapat kepercayaan Yunus Alif.

Jika kesungguhan pemain seperti yang ditunjukkan semasa membenam kenari tempohari diteruskan,disamping perencanaan strategi ampuh jurulatih,tidak mustahil Terengganu kekal berada dikedudukan selesa seperti sekarang.

Mulakanlah langkah 2007 dengan kecemerlangan!!

 
< Prev   Next >

Polls

Bolasepak Malaysia akan bertambah meningkat tanpa pemain import?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?