SEO Header Title

Di sini berakhir - Penyu hampa PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 05 September 2007
Alor Star. 04hb. September 2007. Harapan pasukan Terengganu untuk mengulangi pencapaian layak ke final Piala Malaysia sebagaimana yang tercatat pada tahun 2001 tidak kesampaian apabila tunduk kepada anak buah Azrai Khor 2-0 malam tadi dalam saingan kedua separuh akhir Piala Malaysia 2007.

Saat malang Terengganu menjelma seawal minit ke3 apabila Marlon dijatuhkan lalu tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Nelson Sam Martin. Gol awal yang dicari sang Kenari berjaya diraih dan memberikan tekanan kepada anak buah Yunus untuk mencari gol penyamaan selepas itu. Kedua2 pasukan saling berbalas asakan namun Hasmawi pula yang muncul wira Kedah apabila berjaya menambah gol kedua tuan rumah pada minit ke 32 dan menambahkan lagi tekanan kepada Yunus untuk memikirkan dan mengatur strategi terbaik untuk mengekang dan juga mencari gol semangat demi meneruskan ruang ke final dalam baki masa perlawanan yang ada.

Separuh masa kedua kedua2 pasukan buntu untuk menghasilkan gol biarpun pasukan tuan rumah mampu untuk menambah derita Penyu jika peluang yang terhidang daripada percubaan barisan depan mereka terutama Marlon dan Hasmawi lebih tepat pastinya jumlah jaringan berubah ketika anak buah Yunus semakin hilang idea untuk memecah kebuntuan sehingga wisel penamat dibunyikan selepas 95 minit perlawanan.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?