|
Separuh Akhir II P.Presiden |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Wednesday, 29 August 2007 |
|
K.Trg, 29 Ogos - Skuad muda Terengganu akan turun menentang Kelantan dalam separuh akhir kedua yang bakal berlangsung esok di Kota Bharu.Berbekalkan satu gol, skuad anak-anak muda Terengganu ini dilihat sedikit berkelebihan untuk sekali lagi melangkah ke akhir.Namun begitu, kedudukan satu gol itu masih belum selesa.Sebaliknya Terengganu perlu menambah lagi gol bagi menjamin kedudukan selesa. Selepas tumbang satu gol di Kuala Terengganu, skuad anak muda Kijang pasti mengamuk untuk memadamkan defisit gol yang dimiliki oleh Terengganu.Mereka pastinya bermain mati-matian bagi memastikan mereka melangkah ke perlawanan akhir.
Bagi Terengganu, sekiranya memenangi perlawanan separuh akhir ini, mereka bakal mencatat sejarah apabila memasuki perlawanan akhir dua tahun berturut-turut.Namun begitu, sebelum beraksi di perlawanan akhir, Kelantan perlu dihapuskan terlebih dahulu.Bersandarkan beberapa pemain yang menganggotai skuad bawah 20 tahun Malaysia, Terengganu dilihat berada dalam keadaan yang terbaik untuk mengulangi pencapaian musim lepas.Layak ke akhir.Gandingan Shukur Jusoh dan Md.Nuraliff pastinya akan memberikan satu kelebihan kepada pasukan anak penyu itu apatah lagi kedua-duanya mempunyai pengalaman beraksi bersama-sama dengan skuad bawah 20 tahun negara. Kemantapan dalam semua bahagian pastinya akan menyukarkan Sang Kijang untuk menjinakkan Sang Penyu di Kota Bharu nanti.Khamis ini, bakal menjadi penentu, sama ada Sang Penyu megah melangkah atau Sang Kijang yang mengorak langkah. Kepada anak-anak muda Sang Penyu, teruskan berjuang…kami bersamamu. |