SEO Header Title

Tekad Zairo PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 27 September 2007

pain alternatives

K.Trg, 27 Ogos - Penjaring gol kemenangan Terengganu ketika bertemu Selangor dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Zairo Anuar Zalani, bertekad untuk sekali lagi menjadi pemusnah dalam perlawanan menentang Kedah dalam peringkat separuh akhir.

Terengganu yang layak ke separuh akhir dengan aggregat 3-2 menerusi kelebihan gol dari Zairo sekali lagi bakal mencuri tumpuan bagi mencipta sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir.Zairo muncul wira Terengganu apabila sepakan percuma kali kedua yang diambilnya melencong ke bucu kanan pintu gol Selangor sekaligus memberikan kelebihan kepada Terengganu.

Zairo yang ditemui kelmarin, bertekad untuk mengulanginya lagi sekiranya dia diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan Hitam Putih itu dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu.Beliau yang menyedari Kedah bukan calang-calang pasukan, namun atas usaha gigih rakan sepasukan, tidak mustahil kemenangan selesa berpihak kepada Terengganu.Walaupun demikian, beliau menghormati Kedah selaku juara Liga Super dan juara Piala FA.Semestinya Kedah akan turun habis-habisan bagi menjamin tempat ke perlawanan akhir.

Zairo yang dilihat agak menurun prestasinya kebelakangan ini, namun itu bukanlah penghalang baginya untuk mencipta jaringan untuk Terengganu.Anak kelahiran Kijal itu, ingin memastikan setiap gerakan Terengganu yang bakal dijana olehnya dan rakan sepasukan dibahagian tengah, adalah satu gerakan yang membuahkan hasil.Namun ianya bergantung kepada perancangan jurulatih Terengganu dalam membariskan kesebelasan terbaik bagi mengahadapi cabaran Kedah.

Menurut Zairo lagi, sekiranya diturunkan, dia akan memberikan yang terbaik untuk mengembalikan zaman kegemilangan Terengganu.Beliau juga berharap agar para penyokong memberikan sokongan padu kepadanya dan rakan-rakan sepasukan yang lain.

 
< Prev   Next >

Polls

Bolasepak Malaysia akan bertambah meningkat tanpa pemain import?
 

Prayer Time

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Player

Terengganu

Random Pictures


Login Form






Lost Password?