SEO Header Title

Zairo,Sarbini pemusnah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 16 August 2007
Terengganu membuat langkahan bergaya, meninggalkan Selangor untuk melayakkan diri ke separuh akhir.Zairo Anuar muncul sebagai pemusnah apabila sepakan percuma yang diambilnya disebelah kanan pintu gol Selangor menerjah jaring untuk menjadi pemisah antara Terengganu dan Selangor.Sarbini Allawee pula menjadi wira Terengganu apabila banyak menyelamatkan bola pasti gol dr pemain-pemain Selangor.

Selangor yang memulakan saingan separuh masa pertama, lantas mencuri tumpuan apabila membuat serangan pertama, namun gerakan tersebut berjaya dipatahkan oleh bek dan juga penjaga gol muda Terengganu.Sepantas kilat, Terengganu mengambil giliran membuat serangan.Ashaari yang diturunkan dalam kesebelasan pertama, berjaya meloloskan diri dari cengkaman bek Selangor, namun rembatan padunya sedikit tinggi diatas palang.Selangor membuat serangan balas, namun di minit kedua saingan, harapan Selangor musnah.Ashaari yang membawa bola cuba masuk ke kotak penalti namun dibentes oleh pemain Selangor.Zairo yang mengambil sepakan tersebut laju melorongkan kepada Shahrul Ezrain yang bersedia dikirinya namun pengadil meminta sepakan dilakukan semula.Zairo cuba menukar set pieces yang telah dihidu tadi dengan membuat lencongan ke kanan pintu gol kawalan Megat Amir.Lencongan tersebut menerjah jaring gol.Berpesta seketika Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Tersentak dengan gol awal tersebut, Selangor cuba bangkit melawan, tetapi barisan benteng Terengganu masih cekal bertahan.Sesekali Terengganu membuat serangan balas menerusi Sharlei LIns dan Nasiru, namun gagal untuk menambah jaringan.Peluang Selangor untuk menyamakan kedudukan tiba jua, apabila satu sepakan sudut dilambungkan ke kotak penalti Terengganu.Namun tandukan pemain Selangor tersebut terkeluar disebelah kiri pintu gol Sarbini walaupun tidak dicabar oleh pemain Terengganu.

Terengganu juga terus mengasak, namun Megat terus bertahan setelah sebiji gol telah membolosi gawangnya.Pengadil meniupkan wisel penamat separuh masa pertama dengan Terengganu mendahului satu gol.

Sepak mula separuh masa kedua dilakukan oleh Terengganu.Terengganu terus menyerang namun ianya berjaya dipatahkan oleh benteng muda Selangor.Sharlei Lins Mirinda dan Abdullahi Nasiru banyak melepaskan peluang yang terhidang.Terengganu seolah-olah berpuas hati, membiarkan Selangor menguasai perlawanan.Namun perangkap offside sering membantutkan usaha Selangor.Seharusnya Selangor berjaya menyamakan kedudukan apabila bola yang dibawa oleh Fazli Shaari hanya berhadapan dengan Sarbini, rembatan jarak dekat olehnya berjaya ditampan oleh tangan emas milik Sarbini.Terselamat pintu gol Terengganu.Selangor menyerang lagi, kali ini juga berjaya diselamatkan oleh Sarbini dengan layangan badan yang cukup kemas.

Sarbini mencemaskan Terengganu apabila terbaring kesakitan selepas menyelamatkan bola yang bergelut dihadapan pintu golnya.Namun begitu, tepukan gemuruh diberikan kepadanya sebaik sahaja beliau bangun untuk meneruskan permainan.Terengganu sesekali membuat serangan.Banyak hantaran lintang yang hanya melalui depan pintu gol Selangor.Peluang terbaik Terengganu hadir apabila Ashaari yang membawa bola secara solo telah berjaya memasuki kotak penalti Selangor, tetapi tangan Megat berjaya menepis sedikit.Namun begitu bola berjaya melepasi Megat.Tindakan susulan Ashaari terkena tiang gol Selangor.

Selangor menyerang bertubi-tubi bagi mencari gol penyamaan namun benteng pertahanan Terengganu kukuh bertahan sehingga wisel penamat ditiupkan.Terengganu membuat langkahan ke separuh akhir.

Terengganu : Sarbini, Saiful, Marzuki, Fabio Flor, Shahrul Ezrain, Ashaari, Ismail Faruqi (NurAliff), Zairo Anuar, Rosairil Asrul (Abdul Manaf), Sharlei Lins (Che Hishamuddin), Abdullahi Nasiru.

Keputusan Muktamad : Terengganu 1 - 0 Selangor.
Zairo Anuar Zalani.

Terengganu layak ke separuh akhir dengan aggregat 3-2.

 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?