TERENGGANU (2) LWN SELANGOR (2)
RABU 15 OGOS 2007 STD. SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH, K. TERENGGANU 8.45 MALAM PREVIEW Debaran semakin terasa apabila hanya tinggal tidak lebih 12 jam lagi pertarungan hebat antara dua jaguh, Jaguh Pantai Timur dan Jaguh Lembah Kelang bakal dipertemukan dalam saingan suku akhir kedua TM Piala Malaysia.Pertembungan menarik antara Terengganu dan Selangor di Std. Sultan Ismail Nasiruddin Shah ini bakal menentukan siapakah yang layak untuk membuat langkahan bergaya mara ke separuh akhir musim ini.Namun Terengganu dikatakan sedikit mempunyai kelebihan apabila berjaya membawa pulang bekalan 2 gol dari Shah Alam.Sekiranya keputusan aggregat terikat, maka penentuan pasukan yang mara berdasarkan peraturan gol ditempat lawan.Andainya kedua-dua pasukan terikat dengan aggregat 2-2, maka anak-anak buah Yunus Aliff akan membuat langkahan bergaya ke separuh akhir.
Selangor yang hadir bersandarkan sejarah, perlu bermati-matian malam ini andainya mempunyai niat untuk sekali lagi membuat penampilan dalam separuh akhir.Manakala Terengganu yang terkandas di peringkat ini musim lepas kepada Perlis, pastinya akan mengambil kesempatan ini untuk menundukkan Selangor.Apatah lagi Selangor pernah melukakan Sang Penyu dalam persaingan peringkat separuh akhir tahun 2005. Andainya Selangor mendabik dada dan yakin akan kemaraan mereka bersandarkan rekod 2005, telahan mereka silap sama sekali.Musim ini, pelakonnya adalah berbeza.Selangor yang dulunya gah dengan Bambang,Ellie dan juga Fuentes, namun kali ini, 3 pelakon utama tidak lagi bersama mereka.Manakala dipihak Terengganu pula, juga mempunyai watak yang berbeza.Mempertaruhkan dua pelakon dari luar negara dibahagian depan, pasti memberikan masalah kepada Selangor yang keseluruhan pemainnya adalah anak tempatan.Namun begitu, kapten dan anak2 buahnya dalam skuad Terengganu perlu juga berhati-hati kerana sedikit kealpaan bakal mengundang padah. Jika di Shah Alam, Terengganu turun dengan sedikit formasi yang berbeza dan malam ini, formasi tersebut juga berbeza.Strategi ampuh dari Yunus Aliff diadun dan diolah dengan kepakaran Mohammad Nik memberikan kesegaran dan nafas baru dalam perjuangan anak-anak buah mereka.Api yang dinyalakan begitu marak dengan laungan keazaman dan keyakinan yang tinggi oleh pemain untuk mencipta peluang membawa Terengganu ke separuh akhir. Seandainya Selangor menyandarkan harapan dan keyakinan kepada Megat Amir di gawang, Terengganu juga menyandarkan harapan dan keyakinan yang sama kepada penjaga gol sedang meningkat naik, Sarbini Allawee.Biarpun baru kehilangan datuk tersayang, perjuangan perlu diteruskan.Andainya Selangor berbangga mempunyai Gani Rahman,P.Gunalan,Nasriq Baharom dan Razman Roslan di bahagian pertahanan yang dianggap Selangor hebat dan kental, Terengganu juga tidak ketinggalan membariskan kekuatan, keampuhan, kekebalan dan kekentalan benteng 4 serangkai yang tidak mudoh terungkai dek asakan lawan.Andai kata Selangor bermegah dengan kelibat Shukur,Surendran,Fazildin, tidak kurang dengan Terengganu.Kombinasi mantap gandingan anak muda dibahagian tengah, kretif,rajin dan bersemangat menjadi intipati gerakan Terengganu malam ini.Sambil dibantu oleh lenggokan badan menarik di kiri dan kanan, memberikan keyakinan bahawa tempat di separuh akhir bakal menjadi milik Terengganu.Andainya Selangor gah dengan Fadzli dan Akmal, dua penyerang kebangsaan,Terengganu hadir dengan ancaman berbisa.Dua serangkai yang semakin mencuri tumpuan, akan terus mencuri tumpuan malam ini.Mereka hadir untuk membocori gawang Selangor. Walaupun begitu, pertembungan ini tidak akan ada jawapannya selagi pengadil perlawanan tidak meniupkan wisel penamat.90 minit malam ini bakal menentukan, siapakah yang layak untuk langkahan seterusnya.Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang cerah.Kesilapan bakal mengundang padah.Namun, Terengganu seharusnya menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bagi merungkaikan persoalan, pasukan manakah bakal beraksi pada 1 dan 4 September ini. Penyokong kedua-dua pasukan juga perlu mempamirkan sokongan yang padu kepada pasukan masing-masing.Dalam masa yang sama, pamirkanlah semangat kesukanan dalam sokongan anda.Kepada pemain Selangor, selamat berjaya dan kepada Sang Penyu, teruskan berjuang…kami bersamamu….Pastikan, pasukan yang melangkah itu, adalah Terengganu Darul Iman. |