SEO Header Title

Terengganu laungkan keyakinan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Sunday, 12 August 2007
K.Trg, 12 Ogos - Terengganu melaungkan keyakinan untuk menundukkan Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua yang bakal berlangsung Rabu ini di K.Terengganu.Keyakinan yang tinggi itu terhasil apabila berjaya menyekat Selangor daripada memenangi perlawanan pertama Rabu lepas.Terengganu yang ketinggalan kepada Selangor 1-2 bingkas bangkit menyamakan kedudukan apabila Sharlei Lins menyempurnakan penalti hasil asakan keras bek Selangor keatas Abdul Manaf Mamat.
Dengan bekalan 2 gol, Terengganu berkeyakinan penuh bahawa Rabu ini adalah malam milik mereka.Terengganu yang layak ke perlawanan separuh akhir tahun 2005 sekali lagi ingin menjejakkan kaki ke peringkat tersebut.Melihatkan aksi yang cukup menyakinkan ketika sessi latihan di K.Terengganu, mengapa tidak skuad Hitam Putih bimbingan Yunus Aliff itu bergelar pemenang sekaligus menjejakkan kaki ke peringkat seterusnya. Bersandarkan kepada dua penyerang import, Terengganu nampak lebih gagah jika dibandingkan dengan Selangor yang kehilangan pemain sayap mereka Amri Yahyah apabila dia cuba bermain “bola tampar” ketika melonjak tinggi untuk gol ketiga Selangor Rabu lalu.Akibatnya, pengadil perlawanan menghadiahkan ‘medal’ terbaik untuknya sekaligus menghantarnya pulang berehat untuk perlawanan Rabu ini. Kelebihan ini seharusnya dimanfaatkan oleh anak-anak buah Yunus Aliff untuk menumbangkan Sang Gergasi.
Laungan keyakinan tersebut menggembirakan penyokong-penyokong Terengganu yang sememangnya dahagakan kejuaraan.Malah penyokong-penyokong Terengganu juga, melaungkan keyakinan yang sama, Selangor mampu ditundukkan.
Walaupun begitu, semua pemain Terengganu diingatkan bahawa, Selangor bukanlah calang-calang pasukan.Mereka mempunyai sejarah menarik dalam Piala Malaysia.Namun, sejarah bukan menjadi ukuran.Yang penting, perjuang 90 minit atas padang akan menjadi penentu, siapakah yang akan mara ke peringkat separuh akhir.
Sememangnya, laungan keyakinan Terengganu mempunyai asas yang kukuh apabila selesa beraksi di depan penyokong sendiri.Semoga laungan tersebut mengiringi Terengganu ke perlawanan separuh akhir.
 
< Prev   Next >

Polls

Adakah Yunus Aliff sudah berjaya dalam membawa Penyu musim ini?