|
Penalti selamatkan Tereengganu |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 09 August 2007 |
|
Shah Alam. 08hb Ogos 2007. Jaringan penalti oleh Sherlie Miranda pada minit ke89 selepas Abd Manaf Mamat dijatuhkan setelah berjaya melepasi bek Selangor dipenjuru kotak penalti sebelah kanan, menyelamatkan Terengganu daripada pulang tangan kosong malam tadi. Bermula dengan perlahan dimana hantaran jauh yang meliar dan corak permainan Terengganu ternyata tidak memuaskan hati para penyokong yang hadir. Nasiru diletakkan di sebelah kiri kelihatan tidak bersemangat dan perlahan dalam pergerakannya. Biarpun begitu jika tolakan Asrul tidak meliar, pasti dapat disambut oleh Nasiru pada minit ke2. Shahrul Ezrain pula menempah kad kuning pertama dalam minit ke6 selepas mengasari Amri Yahyah. Zairo berpeluang untuk mencetak jaringan pertama pada minit ke11 namun sepakan percuma yang diambilnya melambung tinggi. Gerakan solo menarik oleh Che Hishamudin pada namun dia “overun” dan gagal memanfaatkan peluang mahupun berkongsi dengan Sherlie atau Nasiru ketika kedua2 mereka berada dalam posisi yang lebih baik.
Akmal nyaris menghukum Terengganu apabila berjaya melarikan diri daripada Ezrain lalu melepaskan rembatan padu yang mengegarkan tiang gol pada minit ke40. Namun sebelum itu dalam satu keadaan kelam kabut pintu gol Selangor juga bergegar apabila bola mencium tiang gol kiri dan melantun keluar. Giliran Sarbini pula menjadi hero apabila menepis tandukan kencang pemain Selangir pada minit ke47. Ismail dikeluarkan pada minit ke50 dan digantikan oleh Ashaari. Namun saat yang ditunggu tiba akhirnya pada minit ke54 apabila Nasiru dengan mudah meng"tap” bola tolakan Sherlie untuk gol pertama Penyu dan gol kedua dirinya. Satu serangan kilat pada minit ke64 hampir memerangkap pertahanan Selangor namun Nasiru terlebih dahulu offside. Sarbini sekali lagi menjadi hero apabila dengan bergaya menolak bola sepakan deras pemain Selangor. Tekanan berterusan Selangor akhirnya menemui jalan apabila Sarbini tertewas juga kepada hantaran yang menemui Shukur Adan lalu dengan deras menerjah jaring. Minit 84 hasil tolakan Ashaari, Nasiru dengan tenang mengawal bola dan melarikan bola daripada “marker"nya tetapi sayang cubaannya sedikit sasar. Selangor akhirnya yang berjaya menjaringkan gol kedua apabila bola sepakan sudut ditolak deras tanpa berjaya Sarbini untuk menidakkan percubaan itu. Kegembiraan Selangor terjejas apabila Amri Yahyah menerima kad kuning kedua pada mase kecederaan dan diperintahkan keluar padang apabila dia menampan bola dengan tangan dan berjaya masuk ke jaring Terengganu. |
|
|