|
Written by Administrator
|
|
Sunday, 05 August 2007 |
|
K.Trg, 4 Ogos - Pasukan Belia Terengganu hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan ketika melayan kedatangan pasukan Kuala Lumpur dalam persaingan peringkat kumpulan suku akhir Piala Belia.Skuad Terengganu yang turun dengan misi mengutip kemenangan setelah berjaya mengikat Selangor di gelanggang lawan 4 hari lalu tidak mampu menembusi benteng Kuala Lumpur yang ampuh bertahan.Permainan yang menarik ditunjukkan oleh skuad warga kota sehingga memaksa benteng pertahanan Terengganu terpaksa bekerja keras mempertahankan kubu.Hanya satu peluang terbaik diperolehi oleh Terengganu menerusi satu sepakan percuma namun sepakan percuma yang diambil terus ke dakapan penjaga gol Kuala Lumpur.Sebaliknya Kuala Lumpur yang banyak membuat serangan ke arah pintu gol Terengganu namun kekebalan benteng anak muda Terengganu menyukarkan barisan Kuala Lumpur menjaringkan gol.Tiada percubaan menarik yang dilakukan oleh Terengganu.Mereka hanya mampu membuat serangan tetapi berjaya dipatahkan oleh benteng Kuala Lumpur.
Perlawanan yang sering diganggu oleh pengadil yang seringkali meniupkan wiselnya walaupun hanya perkara kecil menyebabkan ketidakpuasan kepada para penyokong dan juga pengurusan kedua-dua pasukan.Tindakan jurulatih Kuala Lumpur yang bertikam mulut dengan pengadil simpanan menghantarnya keluar ke bangku penonton oleh pengadil perlawanan.Manakala kapten Kuala Lumpur pula diperintahkan keluar padang pada minit akhir perlawanan akibat melawan pengadil perlawanan. Dengan keputusan seri ini, skuad Terengganu mencatatkan 5 mata dari 3 perlawanan. Sementara itu, skuad Piala Presiden juga tidak mampu untuk mencatatkan kemenangan apabila hanya mampu memperolehi keputusan seri 0-0 ketika membuat kunjungan ke Stadium Mini Tampin.Skuad Presiden yang kehilangan ramai pemain tidak mampu meneruskan catatan kemenangan sepertimana yang dicatatkan 4 hari lepas ketika menundukkan Johor 2 - 0. Namun begitu, skuad Presiden masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam persaingan peringkat kumpulan suku akhir Piala Presiden. |
|
|